..

Tuesday, November 1, 2011

Haikal 6 bulan

Haikal day 4

Haikal kalau pergi check up, kena cucuk mesti meraung..glamer jap mama semua orang duk pandang². Nasib baik sekali meraung je..pujuk² sikit dah ok dah, kalau tak jenuh jugak ye nak memujuk anak bujang sorang ni.

Bila orang dah "besar", kalau dukung takmau dah dukung macam baby..tak nak mama riba macam baby, semua nak macam orang besar. Kalau dulu masuk je kereta, tak sampai 5 minit mesti dah "pengsan" tapi sekarang tidak lagi. Ade je menda yang die nak capai, nak main..pastu nak duduk kat bawah, meronta² suruh lepaskan die. Alahai budak tecit ni...

Die suka usha baby kat KK tu..kalau baring masa nak tanggalkan baju die, mesti die tengok baby kat situ tak berkelip dan mungkin die cakap "alahai, tecik nyer baby neh", die tak sedar die dulu pun kecik cinonet jugak...behave je. Sekarang..nan ado! Aktif nyer anak akuuu. Sejak dah pandai mengensot ni, dah macam combat dah mama tengok. Pantang ade menda yang die nampak, mesti die nak ambik.

Sekarang, aku suke tengok video die masa kecik dulu²..tengok ulang² kali sambil berkata dalam hati "besar dah anak aku...kejap betol masa berlalu, rindu kat Haikal masa kecik"...pastu sambung lagi berkata² dalam hati "kalau tambah sorang lagi, ok tak?".....ahahaha...tettttttt

Thursday, October 27, 2011

Update Sepantas Kilat

Dah berbulan² aku tak update blog ni. Jenguk tu selalu la tapi nak menaip rasa malas sangat²..nak kata kekangan masa tu tak jugak, pendek kata memang malas lah. Sekarang Haikal dah pun berumur 6 bulan (lagi 3 hari). Kejap je masa berlalu kan. Aku pun tak sangka dah jadi mak budak dah pun dan silap² hari bulan lagi setahun dua tambah lagi sorang..ops! haha~

Update terbaru tentang diri yang tak seberapa ni, aku dah pun bergelar akauntan yang mana cita² sejak dari sekolah lagi dan telah terlaksana pada bulan 9 yang lepas. Bulan lepas jugak aku mengikuti bridal class make up, bajet nak jadi mak andam la kan..dan syukur alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Semalam baru je lepas mekap 1st customer. Nak tengok picture dan sewaktu dengannya boleh la ke page Aina Rahman di facebook.

Haikal? Owh Haikal dah pandai mengensot, golek², guling² macam tenggiling dan yang paling best pandai buat² nangis. Saja nak pancing perhatian mama die.

Itu je update buat masa ni. Sila² la jamu mata dengan picture Haikal ye.




Wednesday, July 6, 2011

2 bulan dan karenahnya ...

Oh..anak bujang saya dah berumur 2 bulan 5 hari. Senang betul nak kira umur dia sebab beliau dilahirkan pada hujung bulan (30.4.11) dan bagi aku sememangnya rasa cepat sangat masa berlalu..tup² dah 2 bulan, kena masuk kerja balik. Dua hari lepas agak "meroyan" jugak la sebab 1st time berjauhan ngan anak, selama 2 bulan sebelum ni asyik nak berkepit je. Ditambah pulak Haikal tak suka nak isap botol, nak mama punya jugak..tu yang aku risau sikit takut dia memberontak taknak isap susu, mau kebulur anak aii nanti. Tapi alhamdulillah, dia oke² je..mama yang risau terlebih. Mula² mak cakap dia tak nak jugak isap susu pakai botol tu sampai muntah segala tapi bila dah banyak² kali percubaan dilakukan, akhirnya berjaya jugak..dan 5x5oz selamat dihabiskan semalam.



Haikal dah pandai senyum², borak²..ternganga² mulut dia bila diajak berborak, suara pun dah makin kuat dah. Dia juga dah pandai mengada², kalau kita dukung dia, dia taknak kita duduk statik je, die nak kita jalan² sikit..kalau nak letak balik memang dia akan mengamuk. Sama jugak kalau duduk dalam stroller, kalau kita berhenti kejap nak beli barang ke apa, dia akan mula meronta² mintak digerakkan stroller tu dan yang paling best kalau naik kereta...dia suka naik kereta! tapi die tak suka bila kereta berhenti kat traffic light, bila berhenti je dia akan mengamuk..hahaha..best kan? Mama pulak yang cuak bila dekat² nak sampai kat traffic light tu mintak² la lampu merah tak lama, satu kerja pulak kena terang kat die "lampu merah la syg, mana boleh jalan..kite kena berhenti. Nanti dah tukar hijau baru boleh jalan"..dengan harapan dia paham la apa yang aku cuba nak sampaikan..hahaha. Haikal juga dah pandai isap jari jemari dia, 5 jari sekali dia buat masuk mulut sampai bunyi² tu..macam sedap sangat la jari jemari die tu daripada susu mama =P. Itu baru 2 bulan punya karenah, lepas² ni lagi banyak akalnya. Tapi takpe as long as kita nampak perkembangan anak kita, itu dah cukup baik dah kan.