..

Wednesday, May 11, 2011

Pengalaman Bersalin : Part 1

Memandangkan sudah masuk hari ke 13 Danish dilahirkan, jom le aku ceritakan cemana kisahnya nak melahirkan si kecik nie. Oke..kite mulakan dari SEKARANG..eheh

28 April 2011

Hari ni merupakan genapnya 40 weeks aku mengandungkan si tecik nie, yakni hari ni la merupakan due date yang sepatutnya beliau keluar.

6.45 am

Masa ni aku bangun nak solat subuh dan terus menuju ke toilet, dan aku perasan malam tadi macam banyak kali aku ulang alik ke toilet, biasa kalau malam2 sekali dua je aku akan ke toilet tapi malam ni lebih 5 kali kot..hu3. Bila dah bangun nak ambik wuduk tu..aku terperasan ade show yakni darah yang ala2 baru nak datang bulan tu. Aku pelagi, terus panggil encik suami dengan perasaan yang bercampur baur..excited, cuak dan takut.

7.00 am

Aku terus mandi wangi2, siap2 sume..barang2 baby n mummy dah siap sedia dalam kereta. Aku sempat makan telur separuh masak..walaupun dengan rasa loya aku telan jugak la dek kerana nak dapatkan tenaga orang cakap..hu3. Pastu aku makan kurma, minum air zam2 sikit..masa tu memang boleh relaks la..sebab keluar show mane ade sakit ape2.

8.00 am

Sampai kat Hospital Ampang yang perjalanannya 5 minit je dari rumah aku. Terus register..walk in gitu, padahal sebelum ni tak pernah pun pergi ke KK untuk buat check up..booking ape semua pun tak, tapi sebelum tu dah call siap2 la spital Ampang tu tanya boleh walk in tak? so..dah dibaginya green light..pelagi..dessupp!!! bile di minta buku pink..aku kasi la buku biru..eheh. Sama je pun, tetap ade rekod pregnancy progress kan.

Lame sikit tunggu aku dipanggil untuk buat pemeriksaan, mula2 check tekanan darah, pastu buat ctg untuk monitor heartbeat baby. Bile semua dah settle, aku di "seluk"..hohoo. Itu part yang semua orang pun tak suke. Doc cakap belum ada bukaan dan disuruhnya aku balik rumah dulu. Tapi sebelum tu doc cakap nak scan bby tengok baby oke ke tak..bile doc scan, beliau cakap air ketuban kurang, walaupun tak leaking..so doc suruh aku admit ward dan esok pagi kena induce. oke..i redha, demi keselamatan anak.

Sesunguhnya duduk spital teramat la bosan..seb baik geng2 boyot kat katil sebelah menyebelah semua peramah, tegur menegur gitu. Tapi korang bayangkan la, kite nak beramah mesra dengan orang yang semuanya menahan sakit..kesiannnn sangat! macam2 reaksi muka aku tengok..tapi alhamdulillah semua mommies tu menahan sakit dengan cool sekali..semuanya berdikari dan takde yang mengada2 atau manja.

Aku? Start pukol 1 petang macam gitu aku dah mula rasa contraction setiap 10 minit sekali tapi tak kuat la. Ia menyerang selang 1o ke 15 minit sekali dengan sakitnya 5 saat je lepas tu ilang. Ia berlarutan sampai la ke malam. Nak makan sah2 dah tak berselera, nak tido apetah lagi, memang tak tido la..orang lain pun macam tu jugak, mengerang kesakitan, kesian! Sakitnya macam period pain la kot, aku pun tak reti nak describe sebab aku tak penah kena period pain tapi sakitnya memulas2 kat bawah perut macam memulas nak poo poo pun ada. Tapi ia lagiii sakit, terkadang tu menitis gak air mata aku dek kerana menahan sakit sorang2, husband pun takde kat sisi sebab kat situ mana boleh tunggu.

Selesai sudah hari pertama aku kat dalam ward...nanti sambung eh, aii nak makan nasik dulu..lapar! hehe~~






19 comments:

Mummy `Aish said...

Yeaaa..Welcome to Mama Panda

[z@ck] said...

tahniah weh! dah beranak pun kau. =) comel anak!

^effa^ said...

mommy aina, nanti cepat sambung.. ngee.. at least effa leh tau camne proses nak bersalin.. cuak gak ni.. baru 34weeks. ngee btw, danish sangat comel!

aNaYaNa said...

next..next..hehehe..K.Aina pantang mana?KB ker?

Arn sweetrider said...

sbg penghidap period pain, kita tau camane sakit nyee...huhu..tak terkata wa ckp lu...cepat2 continue second part tau!

b.E.L.L.e said...

macam tak ley nak imagine jer sakit nak bersalin ni kan?huhu..tibe2 nervous la pulak..eh, hubby xley teman mase kt dlm ward ker?macam xbest je hubby xly teman..nanti sape nak bagi semangat nak push..huhu..

eesyaheera said...

alaa kak aina. cepat la sambung. spoil la, nak sambung rasa contraction ni. haha

Encik Psychopath said...

kronologi pengalaman terhebat.

dak eina said...

tak sabar nk tggu part 2!

pengalaman org bersalin macam2...suka bace! hik hik

Cik Puan Bunga said...

Tahniah! Alhamdulillah dah selamat semua! :)

Haikal Danish comelnya! :D

^nanie^ said...

xsempat nk bsalin katil bsebelah kt hosp ampang..ammar da xsaba nk tgk dunia..huhu

f_aRa_aINa989 said...

Congrats kak aina.. =)

Ayuraza said...

duk ampang ke?? awat habaq..leh g ziarah..hehe :P

^effa^ said...

congrats mommy aina.. jangan lupe sambung cite.. effa pun dah dekat ni.. takutttt. ;)

Iera said...

Tahniah..Alhamdulillah...

Scya Lollita said...

waaaaa x sabar nak taw crita cik aina lagiii cpt2 update pastu gtaw cik scya kat sini taw


http://scyalollita.blogspot.com/

Burp said...

saspennye..... hee ;D comel anak akak ;D

Atiqah Adnan said...

dapat rasa.. mesti sedih kena dok sorang-sorang kan..

aLeen aVriL said...

salam aina....

kan dah merasa kan...
eh dulu bkan aina pakai sweetaina.com ke...nape tuka ke bspot balik....??

cute ohh dia dpt bb laki2....
huhhhuhuh...
mesti nnt danish da beso sikit aina rasa nk peknen balik....windu..



lps bb kua teros xsakit dah kan...
w/pon uri masih kat dalm...

uikkkkssss...moga aina bpantang dgn jayanya...