
Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku di siang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu
Wan Haifa Afrina, nama diberi...panggilannya Fina, lebih kurang nama aku kan? Yaa..sebab dia kesayangan kami sekeluarga. Dia jantung hati kakak dan abang ipar aku. Aku pelik dengan anak buah aku yang sorang ni..sebab dia manja melampau. Ada ketika dia ok..memang dia ceria,baik, bergelak ketawa..tapi bila masa dia mengada-ngada, dia akan merengek...ya, kesakitan mungkin...tapi itu kan budak, tak mampu untuk meluahkan.
"manja terlebih la budak ni..menyampah betol aku!!"
Andainya ku tahu..sumpah!! aku takkan cakap macam tu. Mau saja aku tarik balik semua kata-kata aku masa tu. Maafkan achik sayang....uwaaaaaaa.
Doktor cakap jantung dia tak berfungsi dengan baik, berlubang. Doktor bertanya, ade ke tetiba dia merengek semua..yup, semestinya ada. Dan memang betol la, doktor mengatakan pada masa dia merengek tu la, jantung nya tak dapat berfungsi dengan baik. Sekarang keadaan jantungnya membengkak..hurmmm.
Doktor bagi tempoh setahun untuk melihat perkembangan beliau, pada 03.03.11...sekiranya jantung beliau tak tertutup dan masih tak berfungsi dengan baik, pembedahan akan dilakukan. Hurmm..hari tu sempat la aku menangis seround..hehee. Orang yang tak berada di tempat kita, takkan merasa apa yang tersirat dihati kita. Apabila dugaan terkena pada batang hidung sendiri..baru la kita tahu, langit itu tinggi atau rendah. Jadi..renung-renungkan lah. Pintaku..korang semua doakan untuk fina oke...semoga dia cepat sembuh.