..

Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Friday, July 2, 2010

Prosedur untuk mendapatkan surat kebenaran berkahwin....




Berdasarkan pengalaman baru² ni, tak salah rasanya jika saya ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang prosedur untuk mengendalikan borang perkahwinan. Ya betol, rata² semua dari kita perlu menghadirkan diri ke seminar kursus pra-perkahwinan bagi memenuhi syarat perkahwinan di Malaysia ni. Dan di dalam kursus itu sendiri ustaz ada menyentuh bab prosedur mengendalikan borang perkahwinan. Tapi, sejauh manakah kefahaman anda tentang prosedur tersebut? Jadi..ingin saya kongsikan di sini prosedur ringkas untuk mengendalikan borang tersebut bagi mendapatkan surat kebenaran berkahwin.


Ini kerana dalam banyak² urusan perkahwinan seperti kenduri, wang hantaran, barang² hantran, mak andam serta pelamin, surat kebenaran berkahwin adalah yang terpenting. Takde surat ni tak kahwin la anda...heheehee =P. Imam juga perlu diberitahu awal², yelaa..mana la tau pada hari tersebut banyak pulak pasangan² yang ingin berkahwin. Jadi, kalau sekali lafaz mungkin tak ambil masa yang lama tapi kalau yang banyak kali lafaz tu..mau berpeluh juga pasangan lain yang menunggu.

Jad, jom kita lihat apa yang perlu anda lalukan:

Mula² sekali ……


LELAKI

  1. Pergi ke Pejabat Agama untuk mengambil borang nikah di kawasan tempat tinggal beliau. Contoh : kalau berasal dari Kelantan, borang tersebut harus diambil di Kelantan.
  2. Isi borang tersebut.
  3. Pergi buat HIV TEST di mana² hospital atau klinik (yang terpilih sahaja). Contoh : HKL. Tapi kebiasaanya anda perlu membuat appointment terlebih dahulu. Walk in tidak dilayan.. =P
  4. Sediakan SURAT AKUAN BUJANG dari Human Resource (HR) tempat kerja anda. Perlu diberitahu ia adalah untuk tujuan perkahwinan.
  5. Fotostat IC lelaki dan perempuan, kalau boleh sediakan lebih dari sekeping la.
  6. Fotostat sijil pra-perkahwinan (kursus kawen) lelaki dan perempuan. Sijil original juga perlu disertakan.
  7. Bawa semua dokumen di atas berjumpa IMAM kawasan tempat tinggal anda. Lepas tu imam akan cop dan sign untuk pengesahan.
  8. Borang yang telah disahkan tersebut perlu dibawa ke pejabat agama untuk mendapatkan "Surat Kebenaran Berkahwin Di Luar Mukim".
  9. Jadi, surat itu perlu diberikan kepada pasangan (perempuan) anda.


PEREMPUAN

  1. Dapatkan borang nikah dengan imam. Biasanya imam ada sediakan borang nikah (tempat asal anda).
  2. Isi borang dan tandatangan wali.
  3. Sediakan :

  • Surat kebenaran kahwin luar mukin, lelaki
  • Gambar berukuran pasport, lelaki (2 keping) bersongkok
  • Gambar berukuran pasport, perempuan (2 keping) bertudung
  • Salinan IC lelaki
  • Salinan IC perempuan
  • Salinan IC wali
  • HIV test result bagi perempuan
  • Surat akuan dara (kebiasaannya imam tak tengok pun, tapi sediakan je la)
  • Salinan Sijil kursus pra-perkahwinan (kursus kawen) , sijil original juga perlu disertakan

  1. Semua dokumen di atas perlu dibawa berjumpa Imam kampung anda untuk mendapatkan pengesahan.
  2. Selepas itu, dokumen yang telah disahkan tersebut perlu dibawa ke pejabat agama untuk mendapatkan surat kebenaran berkahwin
  3. Surat tu serahkan pada imam..dan
  4. Settle..boleh KAWEN daaaa. aminnn =)

Wednesday, June 9, 2010

Mari mengira waktu subur anda


Semalam saya MC sebab demam yang mengada² ni. Ekceli hari isnin dah nak ambik mc tapi disebabkan cuti dah melebihi 2 weeks, so..saya gagahkan jugak kaki ke ofis semata² untuk menayangkan muka dekat bos dan yang lain² bahawasanya saya dah kembali bekerja. Tapi hakikatnya hampeh sebab saya tak boleh fokus dengan kerja. Lumrah kot, jadi pengantin..lepas tu konpem demam. Last week hubby saya demam..sekarang turn saya. Adil.


Setelah selesai mengemas rumah, membasuh baju, mandi dan kesemuanya (bajet isteri solehah), saya pun terus memulakan hobi saya iaitu untuk berfesbuk dan berblog. Dah taktau nak buat apa, jadi saya menggatalkan tangan untuk menggogel "waktu subur wanita"...heeee. Jujur saya katakan saya taktau bilakah masanya. Pengetahuan ni penting terutamanya bagi pasangan² yang dah berkahwin. Yang belum berkahwin tu sekadar dibuat panduan untuk masa depan boleh la kan.


Saya yakin ramai yang taktau sangat tentang ni, yang dah tau tu duk diam². Sebab saya sekadar nak berkongsi saje, memandangkan saya memang betol² perlukan pengetahuan tentang itu buat masa sekarang *wink *wink.

Pengiraan kitaran haid anda :

Wanita biasanya mempunyai kitaran haid yang tersendiri, ada yang awal iaitu 25 hari dan ada yang lewat sehingga 35 hari. Tapi pada kebiasaanya purata kitaran haid bagi wanita adalah

28 - 30 hari.

So..jangan risau la kalau kitaran haid anda lewat sampai 35 hari..itu adalah normal.


Setelah kita faham kitaran haid kat atas tu, so waktu yang terbaik untuk bersama suami isteri ialah pada hari "ovulasi berlaku". Ini kerana pada masa ni la telur baru je keluar daripada sarangnya (perempuan). Kalau dikirakan secara tepat ialah :




Lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya.

** (14 days from the 1st day of your NEXT period - NOT your previous period)

atau lebih detail :

Katalah kitaran period anda 30 hari, maka hari subur anda ialah 30 hari - 14 hari (**) = 16 hari

oleh itu : 16 hari selepas kitaran haid anda yang lepas anda dikirakan sebagai subur.

Kitaran haid bermula dari hari pertama anda period sehingga period yang seterusnya. Tak kira la, anda hanya period untuk 5 hari ke, 9 hari ke. Contoh : kitaran haid anda 30 hari, tarikh subur anda ialah hari ke 16, dan haid berhenti pada hari ke 5, jadi tambah la lagi 11 hari..so, itu la masa subur anda. okkay.


"renung-renungkan dan selamat beramal"..eheh. cam dokterr lak aii.


p.s : nak keterangan lanjut boleh ke blog dr.azwan





Tuesday, February 23, 2010

Make up bersama Aina~

Formula hari ini :

Make up + wanita = menarik

Wanita = make up.

Make up adalah sinonim dengan wanita...make up menaikkan seri wajah, menceriakan wajah..dan sewaktu dengannya. Rata-rata wanita memang suke bermake up neh, tak kesah la kalau dapat lipstik seketul ke, compact powder ke, blusher yang merah menyala ke, eye shadow ke..mesti ada punya. Paling koman pun dapat la lip gloss satu..pun jadi.

Bagi diriku...saya suke bermake up..ntah, dah jadi hobi kot. Mungkin masa kecik-kecik suke sangat tengok mak make up, lipstik satu papan..pilih je nak yang mana satu. Mak saya memang suke bermake up, masa die muda la. Tapi saya suke mak saya, sebab die cantik..heee. *sat naa, nak puji mak kejap.

Dulu sempat jugak la, merasa lipstik milik mak, sekali kantoi...kena luku satu kali. padan muke aku!! Ye la, dah tiap hari tengok mak duk depan cermin, tenyeh2 lipstik kat bibir mungil die, pastu tempek bedak kat pipi gebus die, pakai perfume banyak sket, eye liner lagi..mane aku tahan beb?? meleleh air liur tengok mak bermake up, tapi tak dapat..sebab mak tak kasi! Mak cakap belajar pandai-pandai dulu..masuk U, keje, ade duit..pakai duit sendiri beli make up!!! hambek kau aina..padan muke lagi sekali, gatal sangat nak bermekap!



sekadar hiasan...bukan milik sebenar!


Sekarang kan, kalau dah balik kampung...nak kuar gi memane, konpem kena sound ngan mak.
"nak pakai camtu je..taknak mekap? pakai la mekap sket,..ape daa" uiks...sudah terbalik. Nasib baik aku tak cakap kat mak, "nape mak suruh mekap sekarang, dulu tak bagi pon". Konpem kena luku lagi seketul versi 'suke-suki kau je aina' nak cakap camtu. hik3

Aku bukan ape, balik Kelantan..kureng sket nak bermekap, nak pakai pelik2, sebab orang akan tengok semacam dua macam je. Lain la kat KL ni, orang masing-masing wat hal sendiri. Tak caya, try korang pegi Pasar Siti Khatijah ke,jalan2 keliling kampung ke, pakai melawa tahap artis sket...konpem kena usha sampai ke sudah..bukan sebab cun tapi sebab nampak pelik, ala2 melihat alien mengelilingi kampung je kaedahnya..hahahhaa.

Sekian!

"Kecantikan itu hak milik setiap insan"



P.s : Lunch je makan sup, sup je makan untuk lunch....haihhhh!




Tuesday, February 9, 2010

Cek kedua..dan tips ber"nuffnang"


klik gambarajah untuk tumbesaran yang sehat dan menawan


Cek kedua juga baru diterima..mewakili earning yang telah aku cash out pada bulan 12 yang lepas. Dua kali cash out dalam bulan tu...tapi die bagi cek seketul je, lump sum gitu..jimat katakan..haha. Tapi ape pun..thanks a lot wahai Nuffnang. Buleh i buat contest lepas ni...ngehehe. Kali kedua ni takde la se-eksaited masa dapat cek pertama hari tu...yang ala-ala seorang jakun baru menemui dunia baru..ecehh. Aku pun takde nak menyampah sangat buat entry ni..sebab dulu buat entry cek pertama..ramai yang tak menyampah..ahhaaaa. *abaikan

Korang nak tips ke?

Tips takde la..cuma pesanan je ade.
  • Kalau korang ade buffered earning yang tengah running kat blog tu..tak payah la gatal-gatal duk letak ads lain..sebab rugi wooo..kalau dah status "geli-geli" tu bertukar kepada "ordinary"...earning yang dikira hanyalah separuh je daripada status geli-geli tu. Hari tu aku dah menangis tak berlagu dah sebab buffered earning kena potong separuh sebab letak ads lain. Padan muke ko aina kann!!! tamak le lagi. Rasakan~
  • Lagi..kalau dah boleh cash out tu...tak nak belanje ke?
  • Alang-alang datang klik iklan tu...tegur la sikit,tanya kabar ke, baca entry ke, kan ke nampak sopan lagi ayu lagi macho..betol x? Kualiti first..kuantiti kemudian...ehemm

P.s : Mari makan mekdi bersama-sama saye..saye suap2 anda,..mau? hahahaa



Monday, January 11, 2010

Cek pertama..dan tips ber"nuffnang"

~Apekah ini?



Cheque pertama yang baru diterima. Cek ni untuk earning yang aku cash out bulan 11 hari tu. Boleh la kalo stakat nak wat beli choki-choki ..pastu bagi adiah kat mel..haha. Sungguh eksaited seperti seorang yang jakun apabila memperoleh cek neh... Woaaaa...woaaaa...kembang 3 mangkuk. Sila la menyampah ye kawan-kawan sebab aku pun ekceli menyampah nak buat entry ni..sebab takut korang menyampah..haha. apekah?


satu sudah dibayar, 2 belom

See..berblogging pun boleh buat duit. Best kan? Tapi jangan kerana nuff, kita hilang nikmat berblogging yea. Haa..alang-alang "show off" cek tu, meh aku bagi tips sikit pasal nuff versi aina ye..bukan versi otai Hoo..atau sape-sape. Tips ni untuk newbie nuff je, kalau yang dah terer dan earning riban-riban tu..korang buat2 tak nampak je la ye. Lagipun ni khas untuk aie..semalam die tanye aku pasal nuff. Oke aie..here we go..

Tips :

  • Pastikan kat dalam blog tu, dah ade 3 ads unit..iaitu LR (between content), LB (header) dan SS (sidebar). Sebab kebarangkalian untuk iklan keluar tu tinggi sikit..sebab ade 3 tempat kan.
  • Unique visitor = kite kira unique visitors, dan ianya akan di reset setiap jam. Jadi, kalau nak blogwalking..pastikan blog yang kite pergi tu, tuan die on9..hehee.
  • Kalau nak buffered, maintain traffic 100 above. Tapi nak best, maintain la 300++ per day. Bile macam ni, agak senang sikit nak dapat buff.
  • Earning dah cukup RM50..cash out je terus, tak payah nak tunggu lame-lame..sebab bila dah cash out untuk kali pertama, kebarangkalian untuk dapat buffered earning adalah tinggi. ecehh..pandai lak aku.
  • Bile sudah ade buffered juga, sila maintain traffic anda..lagi banyak unique visitor yang anda dapat, lagi banyak la earning anda untuk hari tu.
  • Jangan hairan jika earning untuk normal ads anda agak menurun apabila anda sudah mempunyai buffered sebab tapak untuk ads tu telah di ambil oleh iklan untuk buffered ni. Tapi buff earning anda memang masyuk la kan.
  • Bintang tu? owh..yang tu merujuk kepada payment history kite, iaitu performance kite based on previous payment. Ala..buff yang dah jadi metered. Lagi banyak bintang, lagi oke la..kalau boleh biar penuh camni ye..

    "show off" lagi..nyampah aku!!
  • Istilah buffered campaign takde oke! ia buffered earning..dan bile dah tamat tempoh, jadi la metered earning.

Tu la je la kot..sikit2 sudeyh, banyak2 takleh..sebab aku bukan otai pun..muahaha. Lagipun aku sendiri rasa nak termuntah baca entry neh, apetah korang..kan..kan? Bukan nak "show off", berkongsi sajork..dengan orang-orang yang baru..kayh.

Chioww!!!


P.s : Teruskan mengisi "tabung kawen" saya...saya kiss anda 5 kali..mmmuahhh5x!!