..

Wednesday, June 9, 2010

Mari mengira waktu subur anda


Semalam saya MC sebab demam yang mengada² ni. Ekceli hari isnin dah nak ambik mc tapi disebabkan cuti dah melebihi 2 weeks, so..saya gagahkan jugak kaki ke ofis semata² untuk menayangkan muka dekat bos dan yang lain² bahawasanya saya dah kembali bekerja. Tapi hakikatnya hampeh sebab saya tak boleh fokus dengan kerja. Lumrah kot, jadi pengantin..lepas tu konpem demam. Last week hubby saya demam..sekarang turn saya. Adil.


Setelah selesai mengemas rumah, membasuh baju, mandi dan kesemuanya (bajet isteri solehah), saya pun terus memulakan hobi saya iaitu untuk berfesbuk dan berblog. Dah taktau nak buat apa, jadi saya menggatalkan tangan untuk menggogel "waktu subur wanita"...heeee. Jujur saya katakan saya taktau bilakah masanya. Pengetahuan ni penting terutamanya bagi pasangan² yang dah berkahwin. Yang belum berkahwin tu sekadar dibuat panduan untuk masa depan boleh la kan.


Saya yakin ramai yang taktau sangat tentang ni, yang dah tau tu duk diam². Sebab saya sekadar nak berkongsi saje, memandangkan saya memang betol² perlukan pengetahuan tentang itu buat masa sekarang *wink *wink.

Pengiraan kitaran haid anda :

Wanita biasanya mempunyai kitaran haid yang tersendiri, ada yang awal iaitu 25 hari dan ada yang lewat sehingga 35 hari. Tapi pada kebiasaanya purata kitaran haid bagi wanita adalah

28 - 30 hari.

So..jangan risau la kalau kitaran haid anda lewat sampai 35 hari..itu adalah normal.


Setelah kita faham kitaran haid kat atas tu, so waktu yang terbaik untuk bersama suami isteri ialah pada hari "ovulasi berlaku". Ini kerana pada masa ni la telur baru je keluar daripada sarangnya (perempuan). Kalau dikirakan secara tepat ialah :




Lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya.

** (14 days from the 1st day of your NEXT period - NOT your previous period)

atau lebih detail :

Katalah kitaran period anda 30 hari, maka hari subur anda ialah 30 hari - 14 hari (**) = 16 hari

oleh itu : 16 hari selepas kitaran haid anda yang lepas anda dikirakan sebagai subur.

Kitaran haid bermula dari hari pertama anda period sehingga period yang seterusnya. Tak kira la, anda hanya period untuk 5 hari ke, 9 hari ke. Contoh : kitaran haid anda 30 hari, tarikh subur anda ialah hari ke 16, dan haid berhenti pada hari ke 5, jadi tambah la lagi 11 hari..so, itu la masa subur anda. okkay.


"renung-renungkan dan selamat beramal"..eheh. cam dokterr lak aii.


p.s : nak keterangan lanjut boleh ke blog dr.azwan





45 comments:

ally said...

wah..very good info ni aina..=)

Cik aiNa said...

to ally:

yep2..penting ni. pengetahuan am =)

cha said...

ehem jgn lupa merancang tau yang :P

mOLLie said...

yupp!!

walopon dah tahu dan dsuruh duduk diam2..nak komen gak..hehe

tapikan...lepas kawen, mesti berubah tau.. sadis betoi..

ape2 pon semoga aina cepat2 ade baby...=)

mOLLie said...

yupp!!

walopon dah tahu dan dsuruh duduk diam2..nak komen gak..hehe

tapikan...lepas kawen, mesti berubah tau.. sadis betoi..

ape2 pon semoga aina cepat2 ade baby...=)

Cik aiNa said...

to mollie:

aaaaa...puan mollie degil, haha.
yep2..lepas kawen menda tu boleh berubah kan

Cik aiNa said...

to cha:

i merancang utk 2nd baby..hee.
1st baby nak cepat²..excited nak jadi mummy...*wink

FyZa said...

x phm la cik aina..nk ada baby jgak..sobs..=(

Cik aiNa said...

to fyza:

xpe2..nnti kte gosip lain..hee.

aina pn nak baby...x sabaaa dah ni.

Faheem Jr said...

ermmm..kompem la ni aunty aina..hiks..

Cik aiNa said...

to faheem:

faheem pn pandai eaaa.. =P

♥ifa tasya♥ said...

wow,info yg mnarik!!!
thanx akak!!

Cik aiNa said...

to ifa:

sesame =)

Lya Colours said...

penah blaja benda ni masa form 3 kot
tapi mesti lah dah x igt
hahaha

Cik aiNa said...

to lya colours:

ahaha..aina pn x ingat.
lgpun dulu x minat subjek sains.

nmmy84 said...

akak 3 tahun dah aina..semua kuasa Tuhankan.kt merancang,DIA jgk Maha Berkuasa.Doakan yer :)

Cik aiNa said...

to nmmy84:

xpe kak..yang penting usaha dan x putus asa. Insyaallah, mudah²an rezeki menyebelahi kita.

aina pn rs cuak ni =(

makdara terdiva said...

paling senang kira..2 mggu sebelum period tu waktu subur kita..

cewah!!

padehal..akak tau benda ni pon mase anak dah 3..huwaaaaa!!!

Cik aiNa said...

to makdara terdiva:

oke la tu kak dari xtau langsung sampai ke sudah..hehe

noor afzan said...

haaa..
nak planning yea aina?
semangat pengantin baru kan.
hehe~

get well soon k =)

Cik aiNa said...

to afzan:

ye..semangat nak bertiga lak. =)

Mohd Nasri Md. Nasir said...

blaja bnde ni time sbjek biologi spm dlu..hehe
ckgu ckp suami ngn isteri wajib tahu bnde ni..hehe

Cik aiNa said...

to nasri:

haa ..tu la, suami isteri kena tau, elok utk merancang keluarga.

Siti Fatimah Nabihah said...

hmm nice info to all girlz.. hehe =)) tq for the in4mation

erm,sorry la lambt wish..
*selamat pengantin baru** huhu

Hazzy Ishak said...

kawan ku yang baru kawin dah preggy 8 minggu...

aLeen aVriL said...

eh3....cepatnya nk kira..



aina kira ker???

Cik aiNa said...

to siti:

thanks siti.

yep2..info yang berguna.

Cik aiNa said...

to hazzy:

apekah?
huhuu...itu naik pelamin same baby le tu kan

Cik aiNa said...

to aleen:

aina x kira pun. semalam baru kira, sebab baru tau..hee

aNaYaNa said...

cpat2 dpat baby cik puan aina.msti chumel!!hu2..like father like mother..:)

Cik aiNa said...

to anayana:

insyaallah yana =)

joyahsport said...

rjinnyer cik aina cr info...baguih2...den rjin bace jerk..hee...

black_mel said...

info berguna..nnti nak suruh bakal wife baca blog ni..

||| PöJìé PööH ||| said...

Alah org pas kawen nih demam ngade² jer sebenarnya.. Sebab pepagi malas nk bangun, nak kene peluk jer sampai tghari baru ilang demam tuh kan.. Heheheh..

Wahhh xsabar nk menimang baby plak ker?? Goodluck for the practical.. Hahahah!

Love,
PojiePooh Abdullah

Cik aiNa said...

to pojie:

ahaks..mane tau neh?
pandai pn pojie..
br2 kawen memang demam mengada2 cmni..hehe.

Yanmie said...

salam aina,

klu aina x perlu kira lah..belasah dulu..hahahaa


www.yanmieonline.com

Cik aiNa said...

to kak yan:

hahahaha...tu la, ni kira utk masa depan..ahaks

ravishingpeacock said...

yhanks 4 da info n moga u murah rezki dpt bb cpat2 :)

helena's said...

simpan nih nt kawen kang senang i bajet.hahaha

~♥ iella ♥~ said...

kena baca kemudian sbb ada persoalan nak tnya kt doktor nie..

Miss Eyda said...

eyda tak penah kira kitar haid nie kak. apa pn, thanks. now, baru eyda faham. :))

Cik aiNa said...

to ravi :

thanks ravis

Cik aiNa said...

to iella :

persoalan apekah itu?
semoga semuanya baik² aje oke

Cik aiNa said...

to miss eyda:

my pleasure =)

eykameow :) said...

hihi tak paham la sebenar nye T___________T kakk aina...tolonggg