..

Monday, May 23, 2011

Pengalaman Bersalin : Part 2

Oii...lame aku gi makan nasik..heheh. ok sambung..

Malam pertama dekat wad tu, jam 3 pagi macam gitu la..ade sorang patient ni (ibu mengandung), tetibe menjerit.. "aaaa..ooOO..Somebody please help me!!! its so painful", lantas cepat2 la si nurse datang ngan berlari2, kot2 la die nak terberanak ke ape kan, rupanya die tak tahan sakit, bile check bukaan dah 4cm..akak2 nurse tu pun membebel la. "U jangan buat macam ni, jangan menjerit, kalau ada orang sakit jantung dah lame mati dah". Aku tolong pasang telinga je la kan sebab katil depan je pun. Memang la hangin jugak sebab dalam keadaan sunyi sepi kol 3 pagi tetibe beliau menggamatkan suasana tapi at the same time aku kesian jugak kat dia, sebab contraction ni sakit dik oiii...tak terkata! Tapi tu la, lain orang lain ragamnya..ibu mengandung yang lain pun bukan boleh tidur, kejap bangun gi toilet, kejap gi kat bilik khas untuk check bukaan, kejap2 baring, kejap2 duduk bersila atas katil, kejap2 duduk atas kerusi sebelah katil. hurmm


Aku? menghitung detik masa dan saat agar cepat2 la pagi sebab tak tahan dengan contraction neh. Harapan kalau dah masukkan ubat cepat2 la jalan bukak. Jadi pagi tu, jam 6.30 nurse kejutkan kami si ibu2 yang kena induce neh..sebab jam 7 pagi doc akan masukkan ubat. Jadi aku pun bersemangat la pergi cuci muka gosok gigi sume, then masuk lam bilik khas untuk proses check bukaan dah masukkan ubat. Masa tu bukaan still 1cm..erkkk! Doc pun masukkan ubat, dan die ade bagitau ubat tu untuk 6 jam..after 6 jam die akan check bukaan, kalau takde perkembangan, ubat kedua akan dimasukkan tapiiiii..bukan hari yang sama okei..keesokan pagi la pulak. Ubat induce ni hanya akan dimasukkan sampai 3 kali, kalau still tak jalan nampak gayanya keluar ikut tingkap la anak aku..hahaa. Lepas dimasukkan ubat tu aku tak dibenarkan bergerak ke mana2..kena terbaring atas katil je.


Jam 1.00 tengahari macam gitu, doc check bukaan..katanya dah 3cm dan die suruh nurse hantar aku pergi labour room. Nurse comei kecik molek tu pun kasi la baju untuk ke labour room, kaler putih..aku ape lagi, itu la masa yang aku nantikan sebab kalau dah dihantar ke labour room maknanya dah tak lama la aku nak bersalin. Dengan bersemangatnya aku pergi tukar baju dan tunggu punya tunggu pukol 8 MALAM baru dorang hantar gi labour room..ikut kekosongan punya pasal. Sabar je la. Aku pun bagitau encik suami yang aku dah ke labour room.

Masuk je labour room, doc cakap nak pecahkan air ketuban, berdasarkan apa yang aku baca orang cakap proses pecahkan air ketuban tak sakit tapi lepas tu yang sakittt sangat tu..eheh, makin cuak lak aii. Sebelum tu doc pun check bukaan dan alangkah terkejut dan frust nyer aku bila doc cakap "ehh..bukaan baru 2cm stretch to 3cm ni.. tapi still 2cm la." kecoh kejap kauuu kat dalam labour room tu..3,4 kali aku kena seluk ngan doc dan misi yang berlainan. Dorang pun bebel la salahkan doc yang check bukaan siang tadi, nape boleh buat silap macam gitu kesian kat aku kata mereka. Kalau dengan 2cm aku duduk kat situ dorang takleh nak pecahkan air ketuban dan kata mereka aku perlu dihantar balik masuk wad. OHHHHH TIDAKK!!! senget punya doc! Maka aku pun dihantar balik masuk ke wad dan berada di katil yang sama. Menangis lagi aku satu malam!

Pagi esoknya macam doc nak masukkan ubat induce untuk kali yang ke 2, dan bila doc check bukaan, katanya dah 3cm..confirm 3 cm. So, dorang tak jadi nak masukkan ubat dan aku disuruh hantar ke labour room. Yay!!! seronot lagi sekali. Tapi macam biasa la, kena tunggu dulu 5,6 jam baru sampai turn aku dihantar ke labour room. Jam 3 camtu aku pun disorong ke labour room yang sama oleh nurse yang sama hantar aku semalam. Dan aku sempat berpesan kat die "awak lagi ye? jangan hantar pastu ambik sy balik dah la, jadi cam semalam"..hahaha.

Sampai LR, doc check bukaan konpem 3cm dan beliau siap sedia mengeluarkan sejenis alat ape ntah untuk pecahkan air ketuban. Aku tak dengar bunyi 'pop' pun, yang aku sedar air panas mengalir dengan lajunya..eheh. Masa tu aku sempat mintak doc panggilkan encik suami, sebab bila dah dipecahkan air ketuban, menunggu contraction bagai tu, terlentang la aku keseorangan menahan sakit, at least bila ada suami di sebelah kita akan rasa lebih kuat dan tak keseorangan. Jam 3.30 petang camtu aku dah mula rasa sakit contraction yang kuat, 5 minit sekali..memang sakit amat! Aku sedut gas kat ujung katil tu sampai lalok..hahaa. Aku sedar encik suami bisik2 kat telinga tapi aku takleh bukak mata dan takleh bercakap pun,gas tu kat hidung dan aku cuma ingat Allah..itu je perkataan yang keluar dari mulut time tu. Sakitnya ..Tuhan saje yang tau. Masa contraction tak berapa nak kuat aku mampu lagi baca zikir "LAILAHAILLANTA SUBHANAKAINNI KUNTUMINAZZOLIMIN" tapi bila contraction yang kuat tu datang kalimah Allah saja yang keluar dari mulut. Sedang elok dalam LR tu doc pasangkan cd mengaji ..lagi sayuuuu hati aku. Dalam lalok dan mata tertutup tu aku menangis kesakitan, air mata mengalir gitu..macam koma pun ade kot. Masa tu aku boleh teringat macam gini kot perasaan arwah abah aku masa koma tak sedarkan diri dulu, kita cakap2 ngan die tapi dia x sedar dan x buka mata namun air mata beliau mengalir. Itu la yang aku rasa..setiap apa yang suami ucapkan kat sebelah telinga aku dengar cuma aku tak mampu nak respon. Gas tu? tak membantu mana pun, lalok je lebih..sakit tetap rasa..hahaa.

Sampai satu masa nurse datang untuk masukkan ubat penambah contracion katanya..gilos! tak cukup lagikah contraction yang aku rasa 5 minit sekali neh? rupanya die cakap tak cukup kuat, die nak 3 kali dalam 10 minit. huAAA!!! Bila dah kena cucuk tu, memangggg sakitnya lebih kerap dik nonnn..taktau nak cakap macamana sakitnya. Memulas2 tahap gaban. Sampai la jam 5.45 petang macam tu..aku rasa macam nak meneran, aku bagitau encik suami aku cakap rasa macam nak meneran dahh ni..panggil doc cepattt. Encik suami pun cepat2 pggil dorang tapi yang datangnya misi, sempat lagi tu check bukaan..katanya baru 5cm, lambat lagi ni nak bersalin..lagi 5cm, sebab nak bersalin kena 10cm! pastu siap suruh aku jangan teran lagi, suruh tahan. hotak die! aku dah nak meneran sangat2 tahap nak terkeluar dah..boleh lagi die suruh aku tahan dan jangan teran. Korang cuba bayangkan kalau korang nak berak, nak terkeluar dah korang masukkan balik ke? aa..macam gitu la yang aku rasa. Aku tak peduli cakap die, aku teran gak, nasib la tak sampai beberapa minit doc pun cepat2 masuk dan suruh aku push. eheh..aku pun apalagi, terus meneran..sempat la 2 kali teran curi2 nafas gitu keluar la kepala baby. Lagi aku bersemangat nak meneran bila dengar nurse2 dan suami dan doc punya kata2 semangat..kecoh kejap..tapi seronok. Teran kali ke 3 dessupp..semua keluar. Secara otomatik sakitnya yang giler2 punya sakit tadi terus hilang keluar bersama baby. Subhanallah...

Bila keluar je baby, doc tanya "macamana rasa, lega tak?"..aku pun jawab "legaaa sangat2"..rasa nak melompat time tu jugak tapi apakan daya..hahaa. Pastu doc angkat baby tunjuk kat aku.."dah tau dah, bby boy" kataku dalam hati je la. eheh. Lepas tu aku dengar nurse2 tu duk borak2 "putihnya saya, bibir tak merokok.." erk? anak aku kah itu? nak tengok..nak tengokk...heee. Dah bersihkan bby nurse kasi aku tengok, ya Allah aku rasa syukur sangat bayi yang dikandung selama 9 bulan 10 hari dah ade depan mata, setelah macam2 dugaan diharungi.

Part jahit memang sakit..tapi takde la sesakit contraction tuh..hahaa. Itu je la kot pengalaman bersalin yang boleh aku kongsikan. Kepada yang bakal bersalin tu, banyakkan makan buah kurma, pastu masa nak meneran tolong jangan angkat montot.

Hari ni hari ke 24 aku berpantang, dan alhamdulillah senang je nak jaga Haikal Danish ni, die tak banyak ragam, tak berjaga malam dan susah nak nanges. Kadang aku saje buli die semata2 nak dengar die nanges..hehehe. Ni pun beliau merengek nak susu, aku saje wat dunno jap sebab nak siapkan entry neh..hahaha. Oke la..chiow dulu, tak baik buli anak lama2. daaaaa~




12 comments:

Mummy `Aish said...

Babe..ko teran time 5cm..perghh..bgus la doc situ..haha..tp mmg la..klu rasa nak teran..suh tahan..mmg tak kan la..lg mau teran ade la..tp bile da kuar semua..rasa lega tuuu..perghhhhh...lain dr yg lain..hehehe..pndai ko teran..bgus2..hehe

YanaMIB said...

ainaaa ai rs ngilu jap bc entry ni..hahaha...bestnya dh jd mama kan..huhu bila lah rezeki yana pulak nih.. =)

cik Umienorafizzah said...

hahhaha...jaat mama buli haikal :)

Atiqah Adnan said...

err sakit macam memulas nak berak eak.. fuuhh tak dapat bayangkan bagaimana sakitnyee.. syukur sangat baby n aina selamat.. normal lagi delivery.. hee~ lega kan.. mesti seronok n happy dapat tngok bb sendiri.. ^__^

b.E.L.L.e said...

fuhhh...takut, sedey plus excited bace entry neh..mcm2 perasaan ade...huhu..aina dah lepas. alhamdulillah. doakan mommy-to-be yang lain pon selamat jugak..hehe..

mommie yuyu said...

lama jgk aina sakit kan?tp xpela, pengorbanan nk dpt seorang anak kan..
lagi byk baca, lagi buat yuyu x sbr..
alhamdulillah aina, dpt bersalin normal.mmg yuyu nmpk kesungguhan dan semangat aina nk melahirkan haikal danish..

5cm mmg dh boleh teran ke?doc gunting x?

aLeen aVriL said...

alin dulu 4x teran baru kua haaa...


huhhuhuhu...lega kan....

danish baik xmeragam???tgu nnt lps pantang....dia tunjuk taring haaaa...



neway aina.....selamat meneruskan pantang ok....
pantang betoi2....klu nk balik saiz bdn yg asal...


hehehhee...kimsalam kat danish

Scya Lollita said...

heeee ,
takutnyeeeee .
huk3
ape laa agknye rse bersalin tu


**waaaaa tkut2**


eh , mcm cik scya ni da kawen je pk cmtu hahaha

^effa^ said...

best nye dapat salin normal.
mmg lega la pas kua ye. lagi2 nengok budak comel. hehe congrats ;)

NGoNgexz said...

aku dpt imaginekn cmner sis lalui time tue kan.but d sebabkan x sabo nak tengok baby, segala benda sakit2 mmg redah jer...x sabo nak lalui saat gitu gak.

ez_izah said...

heee...takut nye dgr..tp mcm xbsr jugak..ermm..nk tanya..buah kurma bagus utk bersalin eh?

Cik Mai said...

tibe2..teingat masa dolu2 nak bersalin..seram..huhu....
salam perkenalan.....follow la saya ye...
http://kopicawan.blogspot.com/