..

Wednesday, July 6, 2011

2 bulan dan karenahnya ...

Oh..anak bujang saya dah berumur 2 bulan 5 hari. Senang betul nak kira umur dia sebab beliau dilahirkan pada hujung bulan (30.4.11) dan bagi aku sememangnya rasa cepat sangat masa berlalu..tup² dah 2 bulan, kena masuk kerja balik. Dua hari lepas agak "meroyan" jugak la sebab 1st time berjauhan ngan anak, selama 2 bulan sebelum ni asyik nak berkepit je. Ditambah pulak Haikal tak suka nak isap botol, nak mama punya jugak..tu yang aku risau sikit takut dia memberontak taknak isap susu, mau kebulur anak aii nanti. Tapi alhamdulillah, dia oke² je..mama yang risau terlebih. Mula² mak cakap dia tak nak jugak isap susu pakai botol tu sampai muntah segala tapi bila dah banyak² kali percubaan dilakukan, akhirnya berjaya jugak..dan 5x5oz selamat dihabiskan semalam.



Haikal dah pandai senyum², borak²..ternganga² mulut dia bila diajak berborak, suara pun dah makin kuat dah. Dia juga dah pandai mengada², kalau kita dukung dia, dia taknak kita duduk statik je, die nak kita jalan² sikit..kalau nak letak balik memang dia akan mengamuk. Sama jugak kalau duduk dalam stroller, kalau kita berhenti kejap nak beli barang ke apa, dia akan mula meronta² mintak digerakkan stroller tu dan yang paling best kalau naik kereta...dia suka naik kereta! tapi die tak suka bila kereta berhenti kat traffic light, bila berhenti je dia akan mengamuk..hahaha..best kan? Mama pulak yang cuak bila dekat² nak sampai kat traffic light tu mintak² la lampu merah tak lama, satu kerja pulak kena terang kat die "lampu merah la syg, mana boleh jalan..kite kena berhenti. Nanti dah tukar hijau baru boleh jalan"..dengan harapan dia paham la apa yang aku cuba nak sampaikan..hahaha. Haikal juga dah pandai isap jari jemari dia, 5 jari sekali dia buat masuk mulut sampai bunyi² tu..macam sedap sangat la jari jemari die tu daripada susu mama =P. Itu baru 2 bulan punya karenah, lepas² ni lagi banyak akalnya. Tapi takpe as long as kita nampak perkembangan anak kita, itu dah cukup baik dah kan.


20 comments:

crazie_manic said...

uish..5 0z 5 kali..bnyk 2...sara pon baru 4 oz and kalau siang dalam 3 kali je nyusu paling bnyk..huhuh..sama laaa tak mo traffic light merah..hahahahahah

- syahirah / sya -

Shafika Syuhada Rosli said...

haikal sangat sweet . <3

cik helena said...

comelnyeeeeeeeeeeee ;) cam best je ada anak!

YanaMIB said...

wuuu syoknyaa..nk anak jugakkkk! haha~ ^_^

Mama Marcello said...

salam...

haikal lahir sama tarikh ngn baby i, aqeef..hehe..ade geng la pasni..berat time lahir pon sama hehe~

ezy eizyanie said...

sis. haikal sgt comel okeh! ;))
pelok cium die tok ezy okeh ;)

suezen said...

makin nmpk bentuk muka dia...sara dulu chubby..tp skang dh susut sikit

Aida Azryn said...

hihi.. suka no. 4 tu! <3.<3

Andrik McVean said...

hi there, i have just followed your blog..i hope you can follow me back..u have a nice blog here..
i will be waiting for you on my blog...see u there..cheers

http://andrik-mcvean.blogspot.com/

BENA said...

makin tembam gebuuuuuuuuuu haikal nih dehh . hehehe ;)

~ Cik Azz ~ said...

Comelnya.... Baru 2 bulan dah pandai senyum menggoda... hehe..

nadiah said...

aina, agaknya bby ni sama perangai kan, bila traffic light merah je trus mengamuk2, haha. mcm Anas pon gitu lah, jenuh org pulak yg gerak2 kan dia, bru la snyp, hahaha!

sonoknya jadi ibu kan. :)

Arn sweetrider said...

cepat betul besau kan...pandai pulak tu....

Scya Lollita said...

heee anak sis aina da besar .
rse mcm bru je bce pnglman bsalin sis tu hehe

zety said...

comel.
dah besar mesti handsome.

hi kak,lama dah tak singgah sini.

zety said...

comel.
dah besar mesti handsome.

hi kak,lama dah tak singgah sini.

wazy said...

wahhh
semakin comel yer

aiNa yaZiD said...

comey nya..(^_^)

ahmad endo said...

lama dah tak singgah...kiutlah haikal...hehehe

Fiza Mastar said...

comel anak akak :)