..

Thursday, March 18, 2010

''gua tengok lu nih kecik besar kecik besar jeeeeee''


Aduan rakyat..mari bersama karam aina tenggelam tak timbul².


Terpanggil dengan permasalahan puan capa, aku tergerak hati untuk membuat satu liputan yang agak ganas tetapi masih sopan dan mengekalkan ciri² gadis melayu yang terahkir. Kalau siapa² nak tau kisahnya boleh la ke blog puan capa. Aku ni..nak kata baik tu idak la, tapi kesian bila tengok orang yang pernah buat salah kena hentam teruk². Jangan melampau bole?

Tau..kita ni manusia tak lepas dari buat kesilapan. Semua orang pun buat silap..jadi, kenapa susah sangat nak maafkan orang? Oke..kalau kau kata kau tak dapat nak maafkan orang..baik sangatkah kau tu? Tak pernah buat silap ea? ewahh...ewahhh...banyak cantik punya muka. Kalau muka banyak cantik pun belom tentu tak penah buat silap. Kita ni manusia, mana ada yang sempurna. Jadi..janganlah menghukum orang yang penah buat silap yang tak seberapa dengan melampau². Kalau kena pada diri sendiri cemana?



kena hentam camni?

Kalau marah sangat, bagitau dengan cara yang elok..ayat yang elok. Kau ingat bila kau guna bahasa yang agak "kurang ajar" tu boleh buat orang berubah? Cenggitu? Orang akan lebih respect kau jika kau guna ayat yang sopan..tegur secara berhemah, beretika, berbudi bahasa. Ni sah tak sahut seruan kerajaan ni "Budi Bahasa Budaya Kita". Bukak mata luas² dan pahamkan ayat tu. Ini kemain sedap je nak sembur.

Ya..betol, puan capa penah buat silap tapi bagi aku silap beliau tak besar mana pun. Kalau beliau dah mintak maaf tu kira oke la..means orang tu dah taknak ulangi kesilapan. Yang kau nak tunjuk baik, konon alim konon warak kenapa? Kalau kita alim dan warak, tegur la secara baik agar tiada hati yang terguris..itu kan lebih elok. Jangan la nak menegur secara poyo dan bajet diri kita saja yang bagus, walhal takde la bagus mana pun. Sebab nanti kalau sendiri yang terkena, baru la kita tau langit itu tinggi ke rendah.



pakcik google..pinjam ye..mintak halal tau!


Walaupun aku tak kenal sangat dengan puan capa, tapi rasa belas aku terbit apabila melihatkan keadaan beliau yang sarat mengandung, tunggu due je. Ehh..kau taktau ke orang mengandung tak boleh tertekan, nanti membahayakan kandungan..kau taktau ke? Kalau aku cakap kau melampau kang, kepala masuk angin. Aku serius tak boleh weh..memang patut kot aku masuk mana² badan yang membela nasib rakyat, hehe. Join karam dalam aduan rakyat pun best jugak..ehehe. *lari tajuk jap.

Oke..lagi satu, apsal orang yang suke menghentam orang ni tak suke letak link? tonjolkan diri? apsal pengecut sangat? Kalau kita rasa kita bagus, kenapa tidak tonjolkan saja diri, biar orang boleh menilai kau.."wahh, HEBATT....HEBATTT dia ni, perfect giler vavas, tak pernah buat silap, tip top..perghh". Haaa..cenggitu la pujian bagi orang yang poyo macam dikau.

Kesimpulannya, bila nak menegur kesilapan yang pernah orang lain lakukan, tegur la secara elok..secara sopan. Elakkan mengeluarkan kata² kesat atau kata² yang boleh memudaratkan sesorang itu. Jangan la ikutkan sangat kepala angin kita tu, fikir la secara rasional, orang lain pun ade hati perasaan jugak. Kalau kau tau marah, jangan ingat orang lain taktau marah. Kalau orang hentam kau pulak cemane?

Sekian saja ulasan saya buat kali ini..akhir kata saya tinggalkan anda dengan serangkap pantun :

Anak kucing mandi berdiri,
Anak kerbau tido berlari,
Kalau nak menegur biarlah dari hati,
Jangan la nak menghentam itu dan ini.

Ade lagi

Pergi ke hutan mencari kayu,
balik ke rumah kayu di jujung,
Salah dan silap ampunkan aku,
Entry ku bukan untuk disanjung.

Lagi

Bawa berlari si bunga mawar,
Bawa berjalan si bunga raya,
Gua tengok lu kecik BESAR kecik BESAR,
Sebab wa tau lu bukan hebat mana.

Sekian saja pantun yang tak seberapa dari saya, ciptaan sendiri oke! hik3.

Sekian!!!


P.s : Ade kaki boleh berlari, ade otak lu pikirlah sendiri!!!



58 comments:

Aini said...

>> Kau ingat bila kau guna bahasa yang agak "kurang ajar" tu boleh buat orang berubah? Cenggitu? Orang akan lebih respect kau jika kau guna ayat yang sopan.. <<

Sangat2 setuju dengan ayat ni. Ape2 pun kesalahan, org akan lebih respect kalo tegr secara berhemah

sonnet™ said...

suke pantun yang last sekali tu
kecik BESAR kecik BESAR ;D

Hazzy Ishak said...

ni kes takde akal
mgkn mak ayah dia tak penah ajar kot
ops!

BeaN MorENo said...

hak3...best2 jom lawan pantun

ZIANA ♥ FARREL said...

cik karam aina...sebelah saya ni ade orang tp mulut macam longkang!!cemana tu???

mOLLie said...

sokong cik aina~~~!! rsenye bile cakap dengan lemah lembut lebih best n org nak dengar...even budak kecik pon ikot cakap kite rather than bahase kesat~

p/s:maybe kene belikan org yg gune bahasa kesat tu kertas pasir..hehehe

FyZa said...

mngkin org mcm 2 x dapt b'fikir dgn waras agknya..hoho

black_mel said...

haha...sini pun ada pantun...hehe...

nurulhudaresad said...

dah tgk dah blok puan tu...sian dia....si sengal tu mcm ada org paksa dia baca blog puan capa tu...tak ske,blah je la...kalu ye pon salah,tegur elok2 tak leh??hehehe....emo tak tentu pasal....

sasha* said...

org camtu penakut yang.nak kutuk org tp tak tinggal link citt poodahh

mira amira said...

org tuh terlebih waras kot.. ngehngeh.. =)

[airsuam]

isha said...

best tu pantun
org setuju ckp cik aina

Natasha said...

apa kes ni aina??? jap2 nak usha bloh puan capa tuh jap....

Best Of Me 321 said...

tu la pasal, yang hentam orang bnyak anonymous

jajarina said...

aina, pantu tu yg best.. hehe

helena's said...

kalah pantun i aina..ahahha

great!cam bagus kan..kalo berani letak link la duh..

gua tengok lu nih kecik besar kecik besar deee!haha

Ejamaria said...

eehhh siap pantun cam karam singh pulak... uuupppss cam Eyriqazz

:: Feez_Mior :: said...

membuat kesilapan adalah lumrah kehidupan.. tp andai kta x belajar dr kesilapan, sgt mengecewakan..

kesalahan itu kn pelajaran..

org yg menghentam tu mcm x pernah wat salah jek..

Lifesaver said...

pantun cik aina mmg gempak..terima kasih sbb wat entry ni..terharu!

Cik aiNa said...

to Aini:

btol tu aini..kesilapan yang kecik² nape nak diperbesarkan. lain la klo kesalahan merompak atau merogol atau membunuh, boleh la kot nak bagi pelembang barang sekati dua.

Cik aiNa said...

to sonnet:

kih3..itu pantun sendiri mari..oke

Cik aiNa said...

to hazzy:

mak ayah ajar pun klo anak yg bengap..tetap cmtu jugak

Cik aiNa said...

to ziana:

mulut macam longkang?
mari kite pindahkan longkang itu ke loji pembuangan..hahaa

Cik aiNa said...

to bean:

nak lawan pantun ka? mariii.saya suka!

Cik aiNa said...

to mollie:

ye ah..didik budak2 pun kena pakai bahasa elok baru budak respect, ini kalau pakai bahasa kurang sopan, silap haribulan..kite yg kena balik

Cik aiNa said...

to fyza:

mungkin la kot..beliau ade masalah teknikal,

Cik aiNa said...

to nurul:

tah pape kan..
rileks2 dah la.
ni die nak emo terlebih.
mcm la puan capa mengutuk die

Cik aiNa said...

to black_mel:

pantun ciptaan sendiri..ori lagi taw..haha

Cik aiNa said...

to sasha:

tu la..pengkecut betol.

Cik aiNa said...

to mira:

mungkin jugak la..sampai tak tercapai dek akal kite nak memikirkannya..haha

Cik aiNa said...

to isha:

sesape nak pantun, sila angkat tangan..hee

Cik aiNa said...

to natasha:

kes nyer amat la sadis..hehee. usha blog bean, cikhel ngan ziana juge.

Cik aiNa said...

to BOM:

ye ah..klo tak jadi animos, mesti jadi animal nnti. so better die jadi animos..sebab nak playsafe..hik2

Cik aiNa said...

to jajarina:

keh2..aina blaja dari karam. pewitt

Cik aiNa said...

to cikhel:

babe..apsal semua orang suke pantun i..wakakaa. buleh keje ngan karam la lepas ni.

Cik aiNa said...

to ejamaria:

aina mmg suke berpantun kak. cuma x tunjuk je..ngehehe

Cik aiNa said...

to feez:

yep..btol.
pengalaman adalah guru yang paling terbaik bg setiap kehidupan manusia.

Cik aiNa said...

to lifesaver:

xde ape la kak..aina concern je. x suke akak kna hentam. be strong oke. xyah pikir sgt.

Dr.oracle said...

ohh entri marah orang nie.. hoho, camne kebau bleh tido berlari? haha..

psss, buat laa nesting reply, xsmart rr camnie..

Aus MeLankoLik said...

em , betul gak .
alah , sme penah buat silap kot . cuma x sedar diri .
tu , yg aku buat post kisah se pengembala .
tapi semua silap tafisr . hahahak .
sorang pun x dapat mksud sebebar , hahahak .


pokok jati pokok sena ,
manusia mmg tidak sempurna .

sekian dari aus walia .

hahaha .

Cik aiNa said...

to Dr.oracle :

a'aa kan. buat disqus ke. nanti la try godek2..hehe

Cik aiNa said...

to Aus:

owh..maksud si penggembala tu aku paham tp pening2 lalat la. haha.

tak tahan ..nak jadik walia,
aku karam..ko walia..ahaha

colourful life said...

setuju...marah2 pun bahasa kena jaga..semua orang penah buat salah..

suka gak pantun yg last tue..

kodok hijau the ghost writer said...

bagaikan gagak berwarna hitam, manakan mungkin menjadi burung merpati.. hehehe ada ke....

aku akan ulas apa ko tulis dalam entry aku ..

~cik shanashaida~ said...

wiwittt..sila dtg amik award dkt blog shana ye.. (tagged)

DaHLia said...

ini lah jadiknya kalo seseorang tu perasaaan otai, ingat dunia blogging hanya untuk mereka yang otai...perasan bagus!!

Cik aiNa said...

to colourful life:

haha..lepas ni boleh bukak satu ruangan pantun..kih²

Cik aiNa said...

to kodok:

pewitt..ko nak smbung yep..wokeh..santekk

Cik aiNa said...

to cik shana:

oke shana..nanti aina usha2

Cik aiNa said...

to Dahlia:

sebenarnya yang x berape bagus tu lebih², org ckp lebih sudu dari kuah..kih²

Nurul Harun said...

hahaha, i remember this statement. :p "gua tengok lu nih kecik besar kecik besar je." hehehe

Nurul Harun said...

td komen pasal tajuk, ni komen pasal entri plak.heheh. ;p

I setuju juga. betul la. kadang2 atau kebanyakkannya org yg menegur ni, selalu tak tinggalkan link. dan I rasa betul la, mungkin kerana mereka takut utk dinilai kembali oleh org yg dinilainya tadi.

nice entri! :)

Cik aiNa said...

to nurul harun:

yep..kalau dah berani menegur kena la berani tampil. ini tak, cakap je lebih.

Cik aiNa said...

to nurul:

ahahaa..tajuk tu bukan idea i. tu idea dari rakan segosip i..hik3

mello said...

btol tu! nk tegor, tegor molek.. jgn tegoran kita tu menyebabkan kita jd seorang musuh..

p/s: "gua tgk lu ni kecik besar kecik besar.." macam ayat adnan sempit jah.. hehe

"muka sy ganas tp dalam hati ada taman.." hahahaha

Cik aiNa said...

to mello:

wahahaa..muke ganas tp dalam hati ade taman ea? hee

Diyana Amalina said...

ci aina saya setuju dgn cik aina... saya pernah menjadi mangsa keadaan situasi yg sebegini....

Cik aiNa said...

to diyana:

yeke..hurmm..manusia kan, macam²..