..

Thursday, April 22, 2010

Hantu kacau saya


Minggu lepas, sempat aku meluangkan sedikit masa untuk bersama teman² serumah. Mereka mengajak aku ke sebuah kedai makan yang berhampiran. Aku pun ape lagi, memandangkan perut pun berkeroncong terus setuju tanpa banyak soal. Sampai saja di kedai makan tersebut, kami order la ape² yang patut. Tengah kami menjamu selera tu..datang la sekumpulan "manusia" yang juga sedang kelaparan untuk menjamu selera kat kedai makan tu.

Yela, kalau nak menjamu selera pun lantak la kan..tapi jangan ganggu privacy orang lain. Elok jalan tepi meja kami, beliau terus berkata "eee..sedapnya ABC dia, mintak sikit..mintak sikitt". Aku dan teman² sedikit kaget (bahasa indon oh). yelaa..banyak santek muka die kan. Naik meluat la pulak aku dengan spesis orang macam ni. Nak..beli la sendiri. Yela, bagi aku bergurau tak salah..tapi aku tak kenal pun beliau tu. Dan, jangan la buat perangai macam kanak² ribena mintak² makanan. Semua orang kat kedai tu tengok kami pelikkk je...

Tanpa mempedulikan beliau, misi untuk menghabiskan makanan² yang terhidang ku teruskan jua bersama teman². Aku sempat melihat beliau bersama rakan² (ade laki dan perempuan), sibuk beralih tempat. Dekat 4 tempat jugak la beliau tukar. Tengok² sudah ada kat belakang meja kami. Masa tu aku berborak dengan teman², bercerita perihal simpulan bahasa. Sekali dengan suara yang lantang beliau menyampuk "alang² menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan". Aaaa? ternganga jap kitaorang...apehal mamat ni???!!! Annoying ada..nak tergelak pun ada. TIBE-TIBE kannn.






Tak cukup dengan itu, beliau sambung lagi "harapkan pagar, pagar makan padi"..hohh, itu sudah lebih. Memang melampau la die ni. Kitaorang bercerita pasal simpulan bahasa, kau kat meja belakang sibuk nak menyampuk. Dah la salah..itu peribahasa la ngok bukan simpulan bahasa. Jadi..simpulan bahasa kali ni ialah "KACANG HANTU". Hantu tu la yang kacau saya dan teman² semasa menjamu selera..BENCI!!!!


36 comments:

AREku said...

hAhA..
igt de antu btol2 td
baru nk sEram3
kui3
;p

BULLET said...

lastik je pale dorang tu...

black_mel said...

hahaha......sbb cik aina and the geng tersangat kiut miut...hehe....

mmg annoy jgk laki yg jenis mcm tu...tp dia sbb ada member jer..kalau dia sorang2 mesti dia diam....

arisbudi10 said...

Hahahaha :) lucu,,,

Aina Rahman said...

to areku:

kacang hantu..hantu jugak tu =P

Aina Rahman said...

to bullet:

tu laa..ingat nak tembak pakai senapang gajah je terus

Aina Rahman said...

to black_mel:

takde la..spesis suke menyampuk, x suke la. haihh

Aina Rahman said...

to aris:

lucu x sangat, annoying ade la

Neo_matrixzz said...

jgn lyn..desperado tu

suezen said...

dia mengorat lah tuh....ehhehehhe..:D...mmg hantu!

Liyana Lunia said...

i dh seram2 dh ni. i ingat u nk ckp abc tu ada cacing ke apa wuuuu T_T

Fazleyatul Aini said...

eee tak suka golongan2 begitu
suka mencapap je
nk makan pon x aman kan
harus lah marah kalo kene begitew

gooseberries said...

hehe.. x suka la org cmtu. suka nk nyampuk2. konon2 nk ngorat la tu! tp zaman2 dlu ley la wat cm tuh..haha =))

Aina Rahman said...

to liyanaa :

kalau ade cacing i dah muntah dlu da..haha

Aina Rahman said...

to gooseberries:

die bukan nak ngorat, tp mcm xde keje..nak kacau2 orang.

Aina Rahman said...

to lya:

tu la pasal..nak makan pun x senang. suke jadik kacang hantu

Jieda said...

tengok gambar ingatkan hantu makan kacang.apa kes la dorang tu?akak pun tak suka kalau tgh mkn tup..tup..ada yang membuat bising kat tempat makan.gelak kuat kuat..cakap kuat..kuat.cari tumpuan orang dgn cara murahan.isshhh...

izzahfarhana said...

yunk nak ektif blk.ekeke.
u oll comel sgt tu na kacau ;P

Aina Rahman said...

to izzah:

we all x comel pun..tp beliau suke menyampuk..itu yg buat kitaorang menyampah..uhh

yang..welcome back =)

Aina Rahman said...

to kak jieda:

orang camtu saiko je kak..saje nak mencapub

cha said...

eeeeeee ms i baca ni pn dh nyampah yang.i mmg tak suka org cmni.bajet bagus je.dia ingat org suka ke kalau dia duk nyampuk?

perasan!

Aina Rahman said...

to sasha:

i lg la..mase tu rasa cam mati jap selera nak makan. tah pape. nak menyampuk..da la suara kuat.

Encik Psychopath said...

igtkan cite antu ouh..

Aina Rahman said...

to psychopath:

owh tidak..ini hanya cite kacang hantu

Mr. Asada said...

hahaha..

best gak kena kacau, rsa cam diri sungguh d hargai. kahkahkah..

kira peminat2 la tu. errkk!!

tapi.. nak gak ABC.. lalala~

*kacang hantu tu ape ea?

Aina Rahman said...

to Asada:

bukan peminat tapi mmg xde keje

Mario said...

uikkk...kene ngurat...hehe

Aina Rahman said...

to mario:

bukanlah!! die bukan nak ngorat, xde ciri2 nak ngorat pun, tapi macam takde keje, nak menyampuk.

Pojiepooh Abdullah said...

hahaha kacang hantu macam mana rupa ek??
klo makan leh jadi hantu x? lalalal!

Aina Rahman said...

to pojie:

simpulan bahasa

kacang hantu = orang yang suke kacau orang lain..haha

pojie nak try ke? try makan kacang..tgk jadi hantu x..hahaa

Aishah Malik said...

hahahahahantu betul beliau itu kak aina XD

Nurul Harun said...

hhaha..apalah cik aina ni. :D

Taufik Jusoh said...

ingatkan keluar hantu dari ABC tu. hoho

Aina Rahman said...

to enchaoz:

cuba la jadi manusia sket kan..ni nak jadi kacang hantu

Aina Rahman said...

to nurul:

hehe =)

Aina Rahman said...

to privacy:

wakakaa...keluar hantu macam aladdin,