..

Friday, April 2, 2010

Pagi ku sudah tidak riuh lagi...



Pada jam 12.45 pagi..sedang aku asyik meng"on9"kan diri, aku dikejutkan dengan perkhabaran yang mengatakan Din Beramboi telah meninggal dunia. Bagi aku, sebelum nak percaya tu mesti la nak kena pastikan kesasihannya. Mana tau itu sekadar rumors saja kan. Sebab ada je orang yang busuk hati nak mengambil kesempatan dengan benda² macam ni. Lagi, bukannya aku tak pernah berhadapan dengan manusia yang bergurau tentang "mati hidup balik".

Berbalik kepada cerita, setelah aku menggodek akaun fesbuk, twitter, ternyata sah la Din Beramboi sudah meninggal dunia. Rasa terkejut dan tidak percaya kerana semuanya berlaku dengan pantas. Kalau sebelum ni pagi ku diriuhkan oleh arwah dan Pak Nil, kini tidak lagi..semuanya sudah berakhir. Aku suka dengan celoteh arwah dalam "drama sebabak", sungguh buat aku rasa terhibur.

Dan kepada semua peminat arwah..Allah pinjamkan arwah untuk kita semua hanyalah untuk sementara. Usah menangisi usah meratapi kerana setiap daripada kita tetap akan pergi...mengadap Illahi.

Al- Fatihah untuk arwah Din Beramboi, semoga Tuhan mencucuri rahmat ke atas rohnya.






32 comments:

Ieda Al-Habsyi said...

Al-Fatihah...semoga roh nya dcucuri rahmat dan ditempatkan dengan org beriman...

ally said...

aina..i lg teruk, br dpt tau pagi ni..ish3..Al-Fatihah..semoga rohnya dicucuri rahmat..amin...

Cik aiNa said...

to Ieda:

ye kak..same² la kita mendoakan arwah tenang disana

Cik aiNa said...

to ally:

i tau tadi pun sebab i tido lambat.

Atiqah Adnan said...

susah nak terima kan..?
sebab memang suka sangat dengan bakat dia..tapi mati itu pasti dan kita percaya..


al-fatihah~

Cik aiNa said...

to atiqah adnan:

ye kak..bakat semulajadi die tu tak dpt nak lupa.

makdara terdiva said...

sob..sob..sob...

semoga roh arwah diletakkan dikalangan orang2 yg beriman...

TiTin said...

Al Fatihah buat beliau...

i pun br tau pg nii..rasa terkejut sgt2...igtkan bole berthn lg sbb semlm beliau agak stabil..

Eyriqazz said...

Patah tumbuh hilang susah berganti din beramboi ini...lawaknya lain dari yang lain dan natural..

P/s : Ajal maut di tangan Tuhan..Kadang2 sayapun alpa dan lari dari landasan...

-N e Y r A- said...

teringat tweet dia pasal tanda nak meninggal seminggu lepas. hmmm alfatihah

Cik aiNa said...

to makdara:

tah esok lusa, giliran kita pulak kak..hurm

Cik aiNa said...

to eyriqazz:

saya pun same..kadang² terkeluar dari landasan. semoga Tuhan melindungi kita semua

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

salam aina..mari kita bersama2 sedekahkan al-fatihah kepada arwah din berambOi. semoga dia ditempatkan dikalangan org2 beriman. aminn...

Cik aiNa said...

to Titin:

tu la..ajal maut takkan lewat atau awal walau seminit pun. Janji Tuhan tetap ditunaikan.

Cik aiNa said...

to neyra:

lagi..i ade tengok video pesanan dr arwah..yg mengatakan arwah tak dapat pergi genting. macam dah tau arwah nak meninggal

Cik aiNa said...

to kina:

sama² la kita berdoa

black_mel said...

Al-Fatihah...hilang sebuah permata....

Ezzah said...

AL fatihah. semoga arwah ditempatkan bersama golongan orang2 beriman.

sama-sama la kita berdoa utk arwah.

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

al-fatihah

=(

suezensuzanna said...

yes!...al fatihah buat abg din beramboi..huhuhu....my frenz nyer mak pun meninggal pg td...huhuhu

Cik aiNa said...

to black_mel:

hurm..tu la mel..
sedih..isk

Cik aiNa said...

to ezzah:

ye babe..sama² kita doakan kesejahteraan arwah

Cik aiNa said...

to gadis :

=(

Cik aiNa said...

to suezen:

al-fatihah juga utk arwah mak ur fren

jajarina said...

al-fatihah tuk arwah..
sedih :(

Aziana Ariffin said...

al fatihah... semoga rohnya dicucuri rahmat...amin

zida said...

sedih pulak bace post ni..
T__T

http;//colleen-kawaii.blogspot.com/

Cik aiNa said...

to jajarina:

aina pun sedih jugak

Cik aiNa said...

to aziana:

aminn

Cik aiNa said...

to zida:

=(

Nurul Harun said...

semoga arwah dicucuri rahmat..amin..

cik aina, jemput komen entri terbaru..

Miss ... said...

tu la..al fatihah..hidup sementara je hmm