..

Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibuuuu...

hutang lagi dengan uncle google.


Selamat hari ibu untuk semua ibu2 di luar sana dan terutamanya untuk ibu saya yang terchenta. muah..muahh..kasi kiss kat mak masing2 ye.

Pengorbanan ibu kalau nak diceritakan memang tak terbalas la. Membesarkan kita dari kecik sampai la besar gedabak macam sekarang ni. Berjaya jugak jadi orang..itu bukanlah suatu perkara yang senang ye kawan2. Aku pun kadang2 tak terlepas dari buat mak aku kecik hati..secara tak sengaja. Bile dah lepas tu rasa cam nyesal sangat. Sekeh kepala sendiri 10 kali.

Hargai ibu masing2 selagi masih berkesempatan oke. Memandangkan hari ni hari ibu, celebrate la..beli kek sebijik ke untuk membuatkan ibu kita hepi. Aku? mak aku kat kelantannnn...tapi nanti nak kol ..nak wish "selamat hari ibu", mesti die hepi. Tapi sebelom tu nak kena mesej adik beradik semua..pakat wish. Yela..walau jauh di hati, orang cakap dekat di hati. Paling penting, ingatan kita sentiasa ada untuk mereka. Ehem..ehem..celebrate birthday pakwe makwe boleh pulak kannn??? ngeeeee.

Aaaa...lagi satu, korang semua boleh berkunjung ke JUSCO yang berhampiran kerana dorang ade bagi fresh flower untuk pengunjung2. Eceh ..macam aku lak keje jusco kan.Tidak..tidakk!! semalam aku ke kedai gubahan, abang kedai tu tengah isi bunga segar dalam plastik untuk diagihkan hari ni di JUSCO seluruh Malaysia katanya. Bunga tu nanti boleh bagi kat IBU masing2 ye. Jangan gatal2 bagi kat awek lak. haihhh.

Jadi.."SELAMAT HARI IBU" kepada semua ibu2 di luar sana tak kira la anda ibu tunggal ke, bakal ibu ke, ibu kepada 6 orang anak ke. Selamat hari ibu yeaa. Tak payah masak ke, kemas ,pergi pasar atau basuh baju hari ni..rest la ye. Pergi ke JUSCO..hehe =P

8 comments:

cik ian@aH Lian~ said...

selamat hari ibu
buat ibu2 di seluruh dunia.
ibuku juga ibumu aina...
:)

Lya Colours said...

happy mother's day untuk mak saya dan mak cik aina dan sume mak2 di dunia
hihi

NICK IRFAN said...

selamat ari ibu kt mak akak! :)

.::WaNiE::. said...

happy mothers day untuk semua !!

eii ye eh ada bagi2 bunga

bestnyeeee

Aidi-Safuan said...

dan secara automatiknya, harga bunga tetibe jadi mahal gler. hampeh tol

sasha* said...

tak boleh bygkan hidup takde mak :(

makdara terdiva said...

selamat hari ibu buat bakal ibu..lalalala...

drpd : ibu 10-7 anak..

niesz said...

rugi nye xg jusco smlm..hihi..