..

Tuesday, October 19, 2010

Bila rakyat Malaysia jadi pemurah tak bertempat

Saya tertarik dengan topik hot chat pagi ni iaitu "rakyat kita ni pemurah tak bertempat". Kalau nak diikutkan memang sikap tu boleh diberi pujian, cuma betol ke tindakan kita tu, anda sendiri yang tentukan. Tapi saya selalu ingatkan diri sendiri, kalau kita memang niat nak sedekah, rasanya tak perlu la kita nak pertikaikan semua tu. Apalah sangat RM1 jika dibandingkan dengan pahala bersedekah yang kita dapat. Kalau dah di dalam hati sebok mengata itu ini baik awal² lagi tak payah bagi kan. Betol..ade sesetengah pihak ni nak mengambil kesempatan..bayangkan la kalau dah tiap2 hari pengemis² ni datang ke kedai yang sama, sejam dua jam dorang dah boleh kutip RM 100, 200..bayangkan la kalau sehari? mau tak kaya..kita keje sehari pun baru boleh dapat RM 100 camtu. Silap haribulan diaorang lebih kaya dari kita semua. Terserempak kat jalan raya dorang pakai honda ke, merz ke..sape tau kan? hahaa.

Sudah menjadi fitrah manusia apabila melihat kesusahan orang lain, kita dengan rasa rendah hati nak menolong, nak menghulurkan bantuan. Sesetengah dari mereka ni didalangi oleh sindeket² yang menggunakan orang cacat, anak² yatim untuk meminta sedekah. Sape tak kesian kalau tengok budak² duk mintak sedekah? Kalau saya pun, saya hulurkan jugak singgit dua sebab kesian..dengan harapan mereka dapat la beli makanan dengan duit yang mereka dapat tu. Tapi konpem ke duit tu mereka pakai untuk beli makanan..bukan diberi kepada ketua mereka ke? Tak patut kan. Tak kurang jugak yang tak cacat, tak buta tapi buat² cacat, buat² buta demi nak mendapatkan wang dengan cara yang senang. Hal ni diceritakan sendiri oleh teman rapat saya.

Saya kagum melihat keluarga² miskin di dalam siri bersamamu..ada yang sakit, ade yang cacat masih terus berusaha untuk mencari nafkah. Episod yang lepas memang teramat menyentuh hati saya dimana tabahnya hati seorang pakcik ni menyara keluarga walaupun menderita penyakit barah otak dan isteri pula mengidap penyakit sawan..owhh, sangat sedih. Tapi demi cinta semua itu diketepikan. Kalau la pengemis² pun boleh berfikiran sama seperti mereka alangkah baiknya.

Secara kesimpulannya, kita membantu bukan la untuk menggalakkan mereka untuk terus mengemis tapi dah memang lumrah manusia, cepat bersimpati...perkara ni kalau nak dipertikaikan sampai bila pun tak habis..melainkan kalau kerajaan mengharamkan aktiviti "mengemis" dan buat akta untuk kesalahan mengemis macam akta sihir tu baru boleh dibanteras kot..kalau tak, lu pikir la sendiri..assalamualaikum.


17 comments:

Zuewairy said...

janji apa yang diberi, niat hati kita sendiri ikhlas.. bab dia nak tipu tu urusan dia ngan tuhan kan?

Puan aiNa Rahman said...

zue :

a'aa..die nak tipu ke ape ke..itu urusan die. pandai2 la die nak jawab nnti. kita dah laksanakan tugas kita.

AM SYA said...

betol2

dgr gak topik hotfm pagi tadik

mmg rakyat malaysia pemurah kot

tp kite kalo nk mnderma pon tgkla org gak

kalo sehat walafiat je..

bek jgn bagi

tp sedeh plak tgk yg budak2

dipergunakn sindeket

y@n@ M!B said...

utk elakkn dosa syakwasangka, slalunya yana x bg lah sedekah kt pengemis..ye lah klu dlm hati dh terdetik, "yeke duit tu dpt kat dia tah tah tuan dia amek.."

so bek xyah bg...lbh afdal bg dia mknan..kita pn tau dia kenyang..bg duit lom tentu dia kenyang kan =)

tp klu org tu menjual something even tisu skalipun, yana akn bli lah..at least ada usaha dia utk cari rezeki halal dpd mengemis..tp tu pendapat yana lah...^_^

black_mel said...

aina...sbnrnya kebanyakkan yang meminta sedekah ni mampu...diorg ada tulang 4 kerat...lagipun malaysia ni bnyk peluang pekerjaan..kalau x,xkn lah diorg ambik pekerja asing..yg paling senang sedekah dekat masjid...itu insyaAllah sampai ke tangan orang2 yang memerlukan..

Eyda Sheyda said...

sindiket budak2 kecil dan cacat d tmpt kami pun berleluasa.. sepertinya ada ketua dalang d sebalik semua ne..

ribena.illina said...

ha betoi tuh sis. ziera pon kdg2 sian tgk org mengemis ni. tapi dr kte mngemis. yang sihat tubuh badan tuh. baek lah g keje kan. cuci pinggan kedai mkn ok pe kan. huhuhuhu~






ehem : amcam sis org dlm pewot tuh? heeee~

Puan aiNa Rahman said...

am :

tu laa..kite ni jenis yg x smpai hati, bile tgk muke budak² tu terdetik la di hati..kalau la kite di tempat mereka..adik2 kite ke yg mengemis..mmg kesiann

Puan aiNa Rahman said...

yana :

sokong pendapat yana..kalau aina pn, kalau terdetik kat hati meneka itu ini, aina xkan bagi la..tp kalau dalam hati niat ikhlas nak kasi..tak terdetik perasaan curiga..aina bg je.

Puan aiNa Rahman said...

mel :

a'aa..kebanyakan mereka mampu. kan elok berdikari daripada mengharapkan ihsan org lain. kan

Puan aiNa Rahman said...

eyda :

sindikit yg gunakan budak2 ni mmg banyak..cam kurang ajar kan. x patutt

Puan aiNa Rahman said...

ribena:

btol tu..keje la selagi termampu kan. itu lebih afdal.

Eyriqazz said...

makin menjadi2 gejala ni..tuhla,rakyat malaysia terlalu pemurah tidak bertempat....semakin meluas la sindiket2 menanguk di air keruh..

mier@merr said...

kadang2 bg...kiadang2 tak...tgk kemampuan pada masa tu.... tp klu sllu da bg... next time lalu bg kt org len lak..

Encik Psychopath said...

but sometimes, pengemis ni round sampai 2 kali mintak sedekah kt org dyg sama.

||| PöJìé PööH ||| said...

Tak bermoral tol org yg sihat walafiat minta sedekah, paling kuang ajaq org gunakan kanak2 untuk minta sedekah.. Pojie kdg2 Pojie xsedekah duit, Pojie ajak makan sama. So dia xleh menipu..

Love,
PojiePooh Abdullah

Anem arnamee said...

Salam.

yang penting niat kita nk memberi kan. selebihnya urusan tuhan dengan diorang:)