..

Tuesday, March 29, 2011

Kami bukan kura² lah!!!


Tertarik betul dengan topik hot chat kat hot fm pagi ni, pasal orang perempuan bawak kete membahayakan pengguna yang lain. Wohooo..memang pun! haha. Tapi tak semua oke, ade je perempuan yang cekap bawak kete, ngalahkan orang lelaki..sebagai contohnya aku....punya kakak. Mengalahkan lelaki la kalau die bawak kete, laju tak hengat..pastu main selit² je. Kalau aku tak preggy memang aku suke la naik ngan die, kalau preggy mak aihhh..terkejut anak aku lam perut ni ha. Tangan kaki dan mulut sama naik rancaknya, mulut tak abes² mengomel itu la ini la, driver kete depan tu lembab la hape la..itu la aku punye kakak. Kalau takat pompuan bawak kete slow² tu memang kena la ngan die, lelaki pun same..hak3. Boleh jadi samseng jalan raya gitu.

Orang perempuan kalau drive konpem² la slow and steady gitu, alaa..macam la korang tak paham, pompuan kan kaya dengan gaya sopan santun dan lemah lembut, same goes to cara dorang drive..pun lemah lembut jugak. Termasuk la aku..hahaha. Tak reti dowh nak drive ganas²..sejak aku langgar montot kete orang kira² setahun lebih yang lepas terus fobia gitu. Sekarang aku dah tak drive pun, aii lebih selesa jadik mam besar gitu. =) Walaupun selalu sangat la encik suami suruh aku drive, setiap kali tu jugak la macam² alasan yang aku berikan. Bile dah perut memboyot ni lagii la, haremmm aku nak drive. Tapi, kalau keadaan terdesak aku drive je..asalkan die takde kat sebelah, kalau tak habis aku kena bebel dek kerana kelembapan diri semasa memandu fullstop. hah~

Hurm..macam yang sorang pemanggil tu suggest, elok di adakan satu lorong khas untuk pemandu wanita sahaja, same macam train tu..ade coach untuk wanita. Haaa..elok sangat le tu. Aku memang setuju sangat². Jadi, kalau pemandu tu ialah seorang "abang kakak" sila la duduk kat lorong tengah² yer..huhuhuu~

Ok la, nak gi minum jap..haus. daaa~



1 comment:

Anonymous said...

tak kira pompuan @ lelaki tapi semuanye tentang sikap.. :)

ahkak jadi co-pilot jer.. :P