..

Thursday, October 27, 2011

Update Sepantas Kilat

Dah berbulan² aku tak update blog ni. Jenguk tu selalu la tapi nak menaip rasa malas sangat²..nak kata kekangan masa tu tak jugak, pendek kata memang malas lah. Sekarang Haikal dah pun berumur 6 bulan (lagi 3 hari). Kejap je masa berlalu kan. Aku pun tak sangka dah jadi mak budak dah pun dan silap² hari bulan lagi setahun dua tambah lagi sorang..ops! haha~

Update terbaru tentang diri yang tak seberapa ni, aku dah pun bergelar akauntan yang mana cita² sejak dari sekolah lagi dan telah terlaksana pada bulan 9 yang lepas. Bulan lepas jugak aku mengikuti bridal class make up, bajet nak jadi mak andam la kan..dan syukur alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Semalam baru je lepas mekap 1st customer. Nak tengok picture dan sewaktu dengannya boleh la ke page Aina Rahman di facebook.

Haikal? Owh Haikal dah pandai mengensot, golek², guling² macam tenggiling dan yang paling best pandai buat² nangis. Saja nak pancing perhatian mama die.

Itu je update buat masa ni. Sila² la jamu mata dengan picture Haikal ye.




11 comments:

Lya Colours said...

haa akhirnya update jugak ye. hihi
congrats dah jadi akauntan. 1 pencapaian untuk diri sendiri yg hebat. moga lebih success lepas ni =)

AiNa Rahman said...

Thanks lya. itu la berbulan² tak update. insyaallah lepas ni nak rajin² update nak aktif mcm dulu². =)

NuR 'aQiLaH said...

alaaa comey!

muka cam papa die ;)

Reflisia said...

comelnya dear...=)

Reflisia said...

comelnya dear...=)

kasih suci said...

tahniah...
comel la haikal...

ally said...

aina, lm menyepi...comelnya haikal...geram tgk...

YanaMIB said...

welkambek ye aina..haha mata haikal ikut mata ayah dia aa..wewiitt~ =)

oh and congratz dh berjaya jd akauntan! ^__^

aNaYaNa said...

Lama tunggu K.aina update..merindui sesungguhnya..hehe..tahniah dah jadi akauntan..bestnya dapat apa yang dicita2kan..:)..tahniah2again! :)
owh haikal..sangat tembam putih gebbunya anak kamu kak..weee nak gomol2!!!

BENA said...

sero like doh page kak aina tuuu . heee ;) nanti zra nikoh boleh doh la tempoh nga kak aina . hik hik hik



zra pom nok jadi akauntan gokkkkk

black_mel said...

comelnya haikall...xD

p/s:kenal lagi x nie?hehe..lama x berblogging jgk..makin bz..