..

Friday, January 8, 2010

Ini entry Lucah


Yo..yo` wassup..wassup!!

hahaa..

Entry lucah kah? Takde la lucah sangat tapi lebih kepada..tuttt. Ai ade ramaii sedara mara yang dah pergi haji tapi perangai macam tuttt!! Fitnah? Ngumpat? Putuskan silaturrahim sesame insan? Diaorang le tu. Kalau ikutkan sakit hati, memang la sakit oii..bernanah! Tapi bila difikirkan balik , takde pekdah pun ngan mereka-mereka tu. Abaikan terus dalam hidup sudeyh. Bukan rugi pun kalau tak bersaudara dengan mereka.

Punca?
Owh..sebab kami ni orang susah, bukan kaya raya macam dorang dan tak perlu la kot dorang nak bersaing sama kitaorang. Tak layak katakan. Duduk tak sama rendah, berdiri tak sama tinggi. Dorang pandang kami? Sebelah mata pun tak..buat-buat "buta" kot.

Miskin?
Orang susah, miskin,.. memang dipandang hina. Tak percaya? Tepuk dada tanya selera. Rata-rata orang susah memang terima nasib macam tu. Yang kaya? Owh..yang itu la disanjung, dijunjung..kehulu kehilir. Takpe..takpe..nikmat ni kalau Tuhan nak tarik kejap je.

Hukum?
Siapa ai nak menghukum dorang. Dorang tu dah pergi haji..sembahyang cukup, ai adik beradik ni sape la. Dorang yang nak putuskan silaturrahim, bukan kitaorang. Nanti dorang tanggung la sendiri akibat nyer. Lagipun "arwah abah" dah takde, jadi tak perlu lagi la kot dorang nak pandang kami. Pigidahh! Sikit pun ai tak heran! Satu sen pun tak rugi. Kalau takat ko bagi duit 10 hegget time raya kat adik-adik aku, 20 kali ganda pun aku boleh bagi la. Opss..tersasul sudaa..kata nak menjaga adab sopan kan..kan. hahahaa.


Rileks aina rileks..nanti hilang kegojesan kamu. Pesanan hati kepada akalku.
Peaceeee no war!



P.s : Berbuat baik berpada-pada,
Buat jahat jangan sekali,
Nampak baik tu konpem ke dapat pahala?
Entah-entah dosa dapat lebih lagi.
Ops..i dit it again..haha




21 comments:

Wan Zawawi said...

bawak bersabar k,maybe kali ni turn dorang wat kat aina macam tu,mana tahu hari lain pulak sebaliknya.wazy hharap aina tabah melalui situasi ni yer

Aina Rahman said...

to wazy:

yela..ape yg kite ble buat, sabar je la kan. dan lalui hari2 cam biase..

black_mel said...

sindiran keras tu...di tujukan kepada saper?nak nasihat pun x layak sbb dah kena batang hidung sendiri baru kita tau rasa mcm mana...

so..ape yang bole di nasihatkan??
ssh mcm mana pun..kita kena teruskan hidup..yer..

dak eina said...

bwk bersabar la cik aina ;)
manusia mmg cmtu.

izzahfarhana said...

ades ades.tak paham skap mnusia sbgini.

j-QAF SK SULAIMAN said...

Kita tak boleh nilai seseorang dari taraf mereka...Tak semestinya kaya itu sombong dan tak semestinya miskin itu baik..

Bak kata orang..Rambut sama hitam hati lain2 kan...

Jadi bila terjadi perkara cam ni yang penting kita kena sabar la...tenangkan hati dari rasa marah yang membuak2 kan..

ZUE SMILEYX5 said...

beTul tue KaK~but time will reveal evrithing...

Judiene said...

zaman2 skrg da byk da benda2 cni
dowg g haji sbb nak cukupkan syarat je
bkn atas sbb nk btol2 berubah
huhuhu

Aina Rahman said...

to dak iena:

yela yang..ai bersabar le ni..uwaaa

Aina Rahman said...

to izzah:

tah yang..orang zaman sekarang.xtau la nak ckp ape..

Aina Rahman said...

to cikgu:

btol tu cikgu..mmg x semua camtu, tp kebanyakannya.

Aina Rahman said...

to zue:

yup..sooner or later..kan?..hurm

Admin said...

bersabar k Cik Aina..maintain cool even da nak meletup pun..hoho..manusia2..macam2..x patut la dorg tu

Aina Rahman said...

to judiene:

btol tu judiene, ramai yang pergi haji nak ckupkan syarat, konon cam mampu la kan. walhal lepas balik tu, duk fitnah kte lagi..macam2!!

Aina Rahman said...

to black_mel:

walaupun susah, akan ku gagahkan jua kaki utk melangkah..cewahh, tibe2 kan

Aina Rahman said...

to doku:

yela2..saya akan bersabar..
kerana sesungguhnya sabar itu separuh daripada iman.

virtualpencil said...

kaya miskin suma subjektif.

ada orang kaya duit, tapi miskin bahagia.

ada orang miskin duit, tapi kaya kebahagiaan

hidup kena balance. kalau kita di atas jangan lupa yang bawah.

kalau kita rasa kita susah, ada orang yang lagi susah dari kita...

Aina Rahman said...

to fifa:

yup..btol.
tp jangan sampai kte leka n alpa dah la. tapi "mereka" macam x pikir semua tu. tu terrrkilan sangat

Suzy Dan Sham said...

selalunya :

mereka yang nampak baik itulah yang mempunyai hati yang sejahat-jahat manusia sedangkan mereka yang nampak jahat itulah yang mempunyai hati semulia-mulia manusia..

Aina Rahman said...

to suzy:

ya btol..saya sokong

cha said...

pegi haji blum tentu balik tu berubah yang