Beberapa hari lepas, aku ada terbaca satu majalah yang mana menyentuh isu perkara² yang membuatkan lelaki menyampah dengan wanita. Jadi, aku mengambil kesempatan ni untuk berkongsi pulak dengan korang kenapa orang perempuan buat camtu. Jadi.. Jom cekidauttt....
1. Kena tipu
Bukan saja lelaki, perempuan pun menyampah dengan si kaki penipu. Menipu tak semestinya berkaitan hal yang besar² je, perkaca kecik pun orang boleh tipu. Itu memang betol buat kita rasa menyampah. Apa salahnya jika bersikap jujur..tak rugi pun kan. Malah orang lagi suka ade la. Kadang², ada sesetengah orang ni..sudah menjadi hobi untuk menipu sana menipu sini. Kalau tak menipu, rasa hidup tak sempurna. Tapi menipu untuk kebaikan rasanya "boleh" kot. Yela..kalau tak tipu, nanti gaduh besar la, ape la..jadi tipu la sikit².hehehee *jangan amalkan
2. Membebel
Wanita memang sinonim dengan sikap suka membebel. Tak suka itu membebel, tak suka ini pun membebel. Kadang2 sikap suke membebel ini juga membuatkan lelaki rasa menyampah. Nak membebel boleh, tapi biarlah kena pada masanya. Bukan 24/7 kejenya asek membebel je..naik rimas jugak la kan telinga yang mendengar. Kalau benda kecik tu, lebih elok jika diselesaikan dengan cara aman damai tanpa sebarang gangguan bunyi. Tapi biasanya perempuan membebel kerana kebaikan jugak, kami tak membebel saje² yea.
3. Ganggu waktu tidur
Ada sesetengah lelaki memang pantang waktu tidur mereka diganggu. Yup memang betol, waktu tidur tu la masa kita untuk merehatkan badan dan kalau boleh waktu tidur tu harus dinikmati dengan sepenuhnya.Kalau setakat nak kol sebab nak bagitau miss u, love u tu..tak payah la kot..hehe. Tapi, kalau dah tidurnya lebih dari 12 jam tu..elok la kejut cepat², mana la tau kot² jadi apa² ke kan. Yela..mana kita tau. Konon tak nak ganggu waktu tidur beliau, jadi biarkan je la kalau nak tido sampai sehari suntuk pun. Itu tak elok ye. Sila kejutkan cepat².. =P
4. Hobi di kritik
Hahaa..tang ni aku pun suke mengkritik jugak kadang². Tapi ketahuilah, walau seteruk mana pun kritikan anda tu..kalau mereka nak buat, tetap mereka buat jugak, dah hobi. Kalau suke memasak, kritik la cemana pun..takde nyer beliau nak dengar. Jadi..sebagai cara penyelesaianya, terima je la. Walaupun dalam hati.."tak best pun die masak, mesti mamat ni jadi lembut pasni..huh". Kritik bukan sebab kita tak suka, cuma kadang² mereka tak pandai menguruskan masa untuk hobi dan perkara² penting yang lain. Itu yang kita mengkritik..tapi sebenarnya kita nak menegur..betul tak akak² cantik?
5. Mendesak
Mendesak tu takde la desak sangat kan..cuma perempuan ni tak suka dengan lelaki yang suka melengahkan sesuatu kerja. Sebab berdasarkan pengakuan abang² macho, merangkap kawan², abang², pakcik²..mereka semua mengakui bahawasanya mereka memang suka berpegang kepada perkataan "rileks² suda". Haiyooo...susah woo. Disebabkan mereka suka rileks² la yang membuatkan orang perempuan kadang² sakit jiwa raga jugak. Jadi..orang perempuan tak teragak² la mendesak abang² macho semua.
Kami buat semua di atas adalah kerana bersebab..bukan saja suka². hehehee
Kami buat semua di atas adalah kerana bersebab..bukan saja suka². hehehee
39 comments:
setuju sgt kak aina!
kite buat sume tu bersebab :)
follow akak~
haha sume sikap di bawah ada kt i kecuali bab tipu la.i suka membebel :P
nice post!entah kenapa rasa macam betul je semua tu. lepas ni buatla post apa yang perempuan nyampah. ke dah buat dah?
tang kat membebel tu rasanya laki ramai xberkenan
to salina:
tu la..tp dorang x paham..hehe
to amirul:
boleh²..lepas ni nak buat post pasal 5 perkara buat wanita menyampah.
to sasha:
i pun suke membebel yang..dah jadi tabiat kot. cane ea nak kasi kurangkan bebel..haha
to gadis:
yep²..memang. ramai lelaki x suke pmpuan membebel. tapi..mak kita suke membebel.. =)
hrum..suka baca n3 yg mcm ni..lepas ni buat cerita tntg perempuan lk..:)
to nabilah:
oke²..lepas ni aina buat entry pasal 5 perkara buat perempuan menyampah lak..kayh
klu laki yg suka membebel cane tu??haha terbalik plak kn..adeh~
to yana:
klo laki yg suke bebel tu..kita gam je mulut die..hehe
hekhek. agreed with u cik aina... :D
saya yg pempuan ni pun paling x suka diganggu time tidor. :p
pergh!
hobi di kritik tu cikhel setuju banget..
gua tak ske, nak tulis komen ade word noticate..hampehzzz
to hiro:
ahaha..yeke..so kena tambah lagi satu le ni
hmmmm
ada btolnye
lbh2 lg tang waktu tido tuh
hahahaha!!
to judiene:
judiene mesti suke tido ni kan? hahaa
Pojie setuju semua itu..
Tp kannn part no 2 tuh, klo POjie yg kuat mbebel bbanding si dia pulak how?? Agak² ppuan bengang x? Hahahah!
PROJECT ALPHA AUDITIONS - Vote Pojie tau!
hik3..setuju sgt especially part membebel tu..hak3...
to pojie:
pojie suke bebel ke?
hahaha
to eyriqazz:
ni mesti selalu kena bebel ni kan?
=B..heee
cik aina...paling setuju ganggu waktu tidur dan mendesak...mmg setuju sgt2...itu yg paling x boleh skali...
Betul seperti yang dikhabarkan... Hehehehe... :)
to black_mel:
mel mesti kuat tido neh..haha
to chillabaey:
owh..yeke.
setuju 100% le ni kan
info yang menarik,hehe,betul gak semua kat atas tu
begus ni cik, buat kajian tentang lelaki & ulas pula tu..hebat :)
haha...mana ada kuat tido..sbb tu bila dpt tido skali,sgt2 berharga..
Yup.. setuju amat.. nanti buat kajian tentang wanita plak.. susah tul nak dpt ..
Zool
he he he rasanya semua orang tak suka benda alah tu kan..especially kena tipu....
Tak Expired Apsal Kena Renew
pOmpuaN wat semua tue Bersebab hehhehehe... amt sTuju...
kalau semua lelaki ade ciri2 diatas..haihai baibai la jawabnye...
hehehe..
ade can cari boipren baru..lalalallala...
penulisan ini sgt bias....
sbg seorang lelaki..sy sgt bersetuju.
kesimpulannya cari la lelaki yg syg kite lebih.. confirm die x mrh klu kite wat bende2 spt yg tertera hhehehe tp tipu tu x leh la.. berdosa.. :P
stuju sgt ngn sume point ni.
paling menyampah masa tido kene kacau..grrr...
aku tak buat yang nom 1. tapi yang lain aku lah nom 1.
Post a Comment