Berdasarkan pengalaman baru² ni, tak salah rasanya jika saya ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang prosedur untuk mengendalikan borang perkahwinan. Ya betol, rata² semua dari kita perlu menghadirkan diri ke seminar kursus pra-perkahwinan bagi memenuhi syarat perkahwinan di Malaysia ni. Dan di dalam kursus itu sendiri ustaz ada menyentuh bab prosedur mengendalikan borang perkahwinan. Tapi, sejauh manakah kefahaman anda tentang prosedur tersebut? Jadi..ingin saya kongsikan di sini prosedur ringkas untuk mengendalikan borang tersebut bagi mendapatkan surat kebenaran berkahwin.
Ini kerana dalam banyak² urusan perkahwinan seperti kenduri, wang hantaran, barang² hantran, mak andam serta pelamin, surat kebenaran berkahwin adalah yang terpenting. Takde surat ni tak kahwin la anda...heheehee =P. Imam juga perlu diberitahu awal², yelaa..mana la tau pada hari tersebut banyak pulak pasangan² yang ingin berkahwin. Jadi, kalau sekali lafaz mungkin tak ambil masa yang lama tapi kalau yang banyak kali lafaz tu..mau berpeluh juga pasangan lain yang menunggu.
Ini kerana dalam banyak² urusan perkahwinan seperti kenduri, wang hantaran, barang² hantran, mak andam serta pelamin, surat kebenaran berkahwin adalah yang terpenting. Takde surat ni tak kahwin la anda...heheehee =P. Imam juga perlu diberitahu awal², yelaa..mana la tau pada hari tersebut banyak pulak pasangan² yang ingin berkahwin. Jadi, kalau sekali lafaz mungkin tak ambil masa yang lama tapi kalau yang banyak kali lafaz tu..mau berpeluh juga pasangan lain yang menunggu.
Jad, jom kita lihat apa yang perlu anda lalukan:
Mula² sekali ……
- Pergi ke Pejabat Agama untuk mengambil borang nikah di kawasan tempat tinggal beliau. Contoh : kalau berasal dari Kelantan, borang tersebut harus diambil di Kelantan.
- Isi borang tersebut.
- Pergi buat HIV TEST di mana² hospital atau klinik (yang terpilih sahaja). Contoh : HKL. Tapi kebiasaanya anda perlu membuat appointment terlebih dahulu. Walk in tidak dilayan.. =P
- Sediakan SURAT AKUAN BUJANG dari Human Resource (HR) tempat kerja anda. Perlu diberitahu ia adalah untuk tujuan perkahwinan.
- Fotostat IC lelaki dan perempuan, kalau boleh sediakan lebih dari sekeping la.
- Fotostat sijil pra-perkahwinan (kursus kawen) lelaki dan perempuan. Sijil original juga perlu disertakan.
- Bawa semua dokumen di atas berjumpa IMAM kawasan tempat tinggal anda. Lepas tu imam akan cop dan sign untuk pengesahan.
- Borang yang telah disahkan tersebut perlu dibawa ke pejabat agama untuk mendapatkan "Surat Kebenaran Berkahwin Di Luar Mukim".
- Jadi, surat itu perlu diberikan kepada pasangan (perempuan) anda.
PEREMPUAN
- Dapatkan borang nikah dengan imam. Biasanya imam ada sediakan borang nikah (tempat asal anda).
- Isi borang dan tandatangan wali.
- Sediakan :
- Surat kebenaran kahwin luar mukin, lelaki
- Gambar berukuran pasport, lelaki (2 keping) bersongkok
- Gambar berukuran pasport, perempuan (2 keping) bertudung
- Salinan IC lelaki
- Salinan IC perempuan
- Salinan IC wali
- HIV test result bagi perempuan
- Surat akuan dara (kebiasaannya imam tak tengok pun, tapi sediakan je la)
- Salinan Sijil kursus pra-perkahwinan (kursus kawen) , sijil original juga perlu disertakan
- Semua dokumen di atas perlu dibawa berjumpa Imam kampung anda untuk mendapatkan pengesahan.
- Selepas itu, dokumen yang telah disahkan tersebut perlu dibawa ke pejabat agama untuk mendapatkan surat kebenaran berkahwin
- Surat tu serahkan pada imam..dan
- Settle..boleh KAWEN daaaa. aminnn =)
21 comments:
wah..nk kawen pon kne uat macam2 prosedur..isk..susah jugak nk kawen nie..hehehe
to jeka:
yelaa..bukan senang nak kawen..isk =P
kawen hanya sekali..:)..sush2 cket pun xpe
klu kawen mudah2 jer mesti smua nak kawen,pastue mudah2 gak diorang nk bercerai berai kan..??? Rasanya prosedur tak sama kat semua negeri kot..
TQ for the info Aina..sgt2 membantu..
kena prepare awal - awal nampaknya nih
to cik ubi:
btol..yang penting bahgia hingga ke akhir hayat =)
to iella:
mungkin sikit berbeza tapi lebih kurang sama je.
to siezan:
my pleasure, cepat2 kawen taw
to fina:
yeaa..prepare awal². kursus kawen da pegi lom?
info berguna bagi yang belum berkahwin.. ^_^ boleh wat persediaan awal..
to sumi:
sblom aina kawen aina pn blur bab2 borang kawen ni. heee
haha aina! best nye. jue dah tau la prosedur nye. mcm x saba plak nk kawen! oh 3 thn lg. saba jue ;p
to jue:
cepat kawen jue..nanti boleh geng. =P
aina... memang kena ambil masa nak settle kan hal kawen nie.. kadang2 tue pening kepala kan????
i nak kawen nih tahun depan segala ilmu macam dah cukup dah calon tak cukup lagi haha
UUiks rumit gak kann..
Ingatkan terus leh salam tok kadi n setel..
Love,
PojiePooh Abdullah
bgs..useful tips.=D
sis, kne buat bookmark entry neh
nt nk kawen senang
huahuahua
tu laa.. nnt jue kawen aina dah nk masuk 2nd baby dah. cmne tuh. hihihih.. nnt mesti dtg umah jue ok!
bgs2..tapi cam kat melaka ada lain skt la..kalo ank first jek perlukan salinan ic / surat beranak wali@ibu dan bapa.
@ mgkn ikut negeri kot..hee..lama tak dtg blog aina..:)
Post a Comment