..

Thursday, December 30, 2010

Apa korang akan buat kalau bos tak bagi cuti esok?


*ini bos yang nanges, bukan employee yg nanges. hak3. credit to uncle google.


  1. Pegi bakar ofis korang supaya semua orang tak dapat datang kerja.
  2. Buat cuti sendiri, sebab dalam kepala otak memang dah set nak cuti dah.
  3. Jumpa bos dan kasi lempang sebijik kat muka beliau sebab berkemungkinan beliau tengah mamai atau tidak mengikuti perkembangan dan isu semasa sebab tu la otak tak berkembang.
  4. Report kat pejabat buruh sebab bos tak kasi cuti.
  5. Tak pun report kat PM terus sebab dapat bos kejam macam gitu.
  6. Pakat dengan budak² ofis supaya dorang semua pun tak datang kerja esok.
  7. Redha saje la..dah nasib kau la labu.

Haa..pilih², mane satu pilihan korang? Sebab tak semua bos kat atas muka bumi ni bersikap sporting, pemurah dan berjiwa pekerja. heheh. Ada jugak yang kedekut, taik idung masin dan juga giler kerja. Dan..kalau nak giler kerja pun, kerja la sorang²..jangan la ajak staff sekali kerja. Sian depa..penat² sokong pasukan kebangsaan, dah menang , dan PM dah bagi cuti dah pun..tup² bos tak kasi cuti. Kalau nak kasi gaji triple takpe jugak..ni tak HARAMMM. Sebab seperti sedia maklum, bos kan kedekut..mane boleh bagi gaji triple, nanti company rugi.

Jadi..pesanan aku, kalau PM dah bagi cuti, korang cuti aje la. Sebab sape yang lebih berkuasa sekarang ni bos korang ke PM? kalau bos korang berhentikan korang kerja, korang still boleh cari kerja kat tempat lain. Tapi kalau PM berhentikan korang dari menjadi warganegara Malaysia, korang nak merempat katne? Indon??? haa..elok sangat la, nanti senang nak kena tembak. waakakakakak.

Kesimpulannya..jawapan aku adalah no 2..esok aku akan buat cuti sendiri. chioww.





12 comments:

Encik Psychopath said...

slamat bercuti. comform dpt cuti, dun worry.

.::WaNiE::. said...

haha tak penah lak rasa sbb salunye bos redha je sambil bising2 sbb malaysia byk sgt public holiday

kekekek

Judiene said...

Oghe klate mesti maroh mugo PM buwi cuti hari Jumaat, Klate meme cuti doh Jumaat.
Kato cuti umum.
Huhuhu.

molliesa said...

hukhuk... molie walopon coti sekolah...tetap gak keen g sekolah esok hari.... =( ade orientasi sekolah... sangat tidak adil~ takpe lah.. nak buat camne kan.. hehe.. separuh hari je pun...

Ujang9897 said...

yezza..sama la kita..n02

Cieut Nizar part II said...

hahahaha. yakin giler akak kan. xpa2, saya sokongggggg!!! :) :) :)

yanamib said...

yana pn akn buat cuti sendiri..tp berkomplot dgn membe² len adalah wajib! hahaha~

slmt bercuti aina and happy new year! see you next year..ecehh lusa je ponnn =P

Dhea Ahmad said...

seyes mule2 nadia ingat nadia tak dapat cuti but when call bos hari ni sbb hari ni pun nadia dah mmg cuti, so dia ckp cuti sbb JPJ cuti, sooo yahooo sangat suke.....hihihi dapat rest rest rest...

kakrose said...

selamat bercuti dan selamat tahun baru..

Anep™ said...

buat cuti sendiri lah jawabnyer..ehhe

Latest Entry :
-> Contest Facebook Aizuddin.com
-> Blog Review Special : Aq Naim, JOm Terjah !

nadiah said...

lagi 20 minit nak tahun baru. cepat countdown!!

aina, happy new year 2011. moga segala azam dan impian tercapai. amin!!

BENA said...

hehehe . otai mummy aina nih . :) zra gak xleh nk cuti . redo abes xdpt cuti . kalo dapat cuti pon. tutup la tujuh-sebelas gtu . hahahaha:)