..

Monday, January 3, 2011

Daging kurban tertera kalimah Allah.


Gambar ni tak clear sangat. Kalau mata anda tajam, anda boleh lihat banyak kalimah Allah kan? Takpe, jom kita lihat dengan lebih clean and clear lagi k. Sila tengok gambar kat bawah ni...



Kalimah Allah kan? Subhanallah..daging ni merupakan daging qurban hari tu. Ada lagi baki, mak nak masak..sekali urat² daging ni tertera kalimah Allah.


Ini kejadian benar, tak tipu punya..hehe. Kejadian pada hari sabtu yang lepas, tempat kejadian tu rumah mak mertua kat area ampang sana. Masa kejadian tu aku takde kat umah mak, suami je yang pergi sana..aku cam biasa sebagai surirumah separuh masa haruslah memerap kat rumah pada hujung minggu sambil mencuci baju, mengemas rumah, online dan sebagainya. Tapi, aku tengok jugak daging tu apabila sebelah malamnya aku kesana. Ye ah, haruslah kena tengok ngan mata kepala sendiri kan..baru aku percaya lebih..ececehh.


Kebetulan pada masa kejadian tu, ade seorang ustaz datang bertandang kat rumah mak..jadi hal itu disahihkan oleh ustaz itu sendiri. Ustaz cakap simpan la daging tu, tak pun boleh jugak dimasak..Insyaallah, akan diberi kerahmatan olehNya. Ini merupakan kejadian kedua dalam hidup aku tau. Sebab dulu masa tahun pertama belajar kat UM, aku ade join seni silat gayung. Masa pergi camping tu kitaorang disuruh mandi ape tah namanya, lupa lak.. tok guru pergi tetak tangan aku dengan menggunakan parang yang tajammm amat. Sebab ranting² kayu dicantas cmtu je, limau nipis dilibas sekali je trus putus dua, aku yakin menda alah tu tajam. Tapi apabila hinggap kat lengan ni tak terputus dua lak lengan ni..cuma tinggal kesan calar je. Macamana die buat tu wallahualam..hanya dia dan Tuhan saja yang tau. Lepas tu berminggu² lebam hingga kesan lebam tu meninggalkan kesan kalimah Allah. Sori..mase tu aku takde kamera, henpon pun cap ayam, takdak kamera..6 taun yang lepas la katakan.

Kejadian ini semua adalah terjadi dengan izin Allah s.w.t. Mungkin ada hikmah disebalik semua tu kan. Hanya Dia yang mengetahui. Renung²kan dan selamat beramal. =D


p.s : sila jangan curi gambar di atas, kalau curi aku sumpah jadi pepatung..ehhehe.




33 comments:

Unknown said...

allahuakbarrr!!

^nanie^ said...

hepi new year mommy aina..wow,very exciting eh daging tuu..xle mkn tu..

rafina mimi abdullah said...

inilah kebesaran Allah swt...kat rumah kakak ipar akak plak ada tertera kalimah Allah dalam permukaan kuali....

Aina Rahman said...

kak ieda :

Allah maha besar =D

Aina Rahman said...

nanie:

yep nanie..terkejut bila terjadi kat kite sendiri.

SUHAIDA said...

SUBHANALLAH....

Aina Rahman said...

rafina :

yeke kak? pelik² kan. tp yang ni kat daging qurban..subhanallah.

Aina Rahman said...

mizz sue :

=D setiap yang terjadi pasti akan terjadi dengan izinNya kan.

Ayuraza said...

subhanALLAH..
pastu daging tu watpe??
simpan kat ner??
letak lam balang ke??
bayk lak tnya kan..slalu nmpak kat tenet ke..ni jadi kat teman blogger..haruss la jakun..hehehe

forever love said...

subhanallah...Allah maha besar

Aina Rahman said...

ayuraza:

daging tu simpan lam fridge la. xmau makan ..nak simpan. =D

Aina Rahman said...

forever lover :

=D

Fazleyatul Aini said...

ari tuh pon ada sorang kakak ni, kat fotopages, dia dah masak2 daging tuh,daging korban, pon ada kalimah ALLAH jugak

kuasa ALLAH
sama2 hayati

♥ciK-t0ge ♥ said...

subhanallah..
itulah tanda kekuasaan Allah swt...

hazuan said...

SUBHANALLAH...kebesaran TUHAN

Encik MamaT said...

hehe... makan je daging tu.. kan daging qurban... hehe.. emm.. sape curik gambar tu sumpah je jadi emas... jual dapat untung kongsi dua.. haha

noorafzan.blogspot.com said...

Subhanallah aina.

Aina Rahman said...

lya colours :

mmg byk skg..tp apabila terjadi kt kite, itu yg rasa menakjubkan tu.

Aina Rahman said...

cik toge:

btol tu cik toge. sesungguhnya Allah tuhan yang agung.

Aina Rahman said...

hazuan:

sama² kita hayati

Lydia Miza said...

kuasa allah..

yanamib said...

subhanallah..

dh jd depan mata mesti lg kagum dgn kebesaran Allah kn =)

Faten Rosli said...

subhanallah..
kejadian berlaku dpn mata kakak kn..
ape perasaan akan mase tengok 2?..

Aina Rahman said...

encik mamat :

a'aa kan..dah jadik emas, buleh gadai. pastu jd kaya raya..haha

Aina Rahman said...

afzan :

menakjubkan..kan kan

Aina Rahman said...

lydia :

btol tu..kuasa Allah takde siapa boleh menghalang

Aina Rahman said...

yana :

btol tu yana..biase tgk terjadi kt org lain je..skali terjadi kat kite. mau x terkejut

Aina Rahman said...

miss fatin :

ms awal² tu akak xde, mlm nyer br pegi umah mak. mmg rs menakjubkan la

Judiene said...

Hahahahaa!!
Sumpah jadi pepatung!!
Lawak sungguh!
Anyway, memang ajaib betul la.

Lya said...

Subhanallah.

JULIANA @ KAK JUE said...

SUBHANALLAH....besar sungguh kekuasaan ALLAH....

nadiah said...

subhanallah, hebatnya kuasa Tuhan. emm simpan la daging tu, emm tp kalu simpan lelama kan, jd tak ok lak.

masak la, pastu mkn beramai2. msti berkat. Insyallah!!

@e_da said...

besar sungguh kekuasannya kan. allhuakhbar!!